TENOM 2005 - 2009



1. 3 Julai 2009, jumaat lebih kurang jam 10 pagi telefon bimbit saya berdering. Saya melihat diskrin hp, SUT KPLB Datuk Ghulam Jailani sedang memanggil. Walau bagaimanapun saya tidak dapat menyambut dengan segera kerana saya sedang on line dengan YB Datuk Radin Malleh, ADUN N.35 Melalap merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri. Setelah perbualan telefon saya dengan YB Datuk Radin, saya mendail balik panggilan SUT KPLB. Panggilan dari SUT kali ini adalah memaklumkan mengenai pertukaran saya dari Tenom ke Ranau sebagai Pegawai Daerah. Berita ini tidak dijangka tetapi tidak mengejutkan kerana desas desus pertukaran pegawai-pegawai daerah sentiasa bertiup dengan pelbagai spekulasi.




2. Mendengar berita ini saya tidak tau sama ada saya terima sebagai berita baik atau sebaliknya. Saya menganggap tempoh perkhidmatan saya di Daerah Tenom masih belum lama dan saya masih enjoy untuk berkhidmat du Daerah ini. Namun saya sentiasa positif dan menganggap setiap pertukaran itu ada hikmahnya. Ini adalah kali keempat saya bertukat tempat kerja sejak berkhidmat sebagai penjawat awam. Pertama kali bertukar dari Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan ke Pejabat Daerah Ranau sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) pada tahun 1995. Pada tahun 2001 saya ditukarkan ke Daerah Kecil Kemabong,Tenom untuk mengetuai pejabat Daerah Kecil Kemabong sebagai Penolong Pegawai Daerah. Setelah berkhidmat lebih kurang dua tahun setengah, saya kemudiannya ditukarkan ke Bahagian Kabinet dan Dasar Jabatan Ketua Menteri pada tahun 2004. Pada tahun 2006 saya sekali lagi ditukarkan ke Daerah Tenom sebagai Pegawai Daerah.




3. Menghimbau kembali nketika mula-mula ditukarkan ke Tenom, agak menarik dan mencabar dengan suasana politik yang hangat didalam parti UMNO. Kebetulan Pegawai Daerah sebelum ini dikaitkan sebagai penyokong kem DatukRubin Balang, ADUN Kemabong, maka saya telah dianggap sebagai orsng kem Datuk Rizalman Abdullah, Bekas Ahli Parlimen Tenom tetapi masih menjadi Ketua Bahagian UMNO ketika itu. Walau bagaimanapun, saya menganggap perkara ini hanya lah persepsi orang-orang politik kerana saya sentiasa menganggap saya adalah Pegawai Daerah bagi semua orang Tenom tanpa mengira kem dan fahaman politik.Begitu lah juga yang saya katakan kepada semua rakan-rakan di Tenom. Walau bagaimanapun saya terpaksa juga menerima tampias dari pergeseran dua heavyweight politk Tenom ini.



4. Bercakap soal pencapaian atau apa yang telah saya lakukan sepanjang tempoh bertugas di Daerah Tenom selama 3 tahun 7 bulan, adalah sukar untuk untuk memperincikan satu persatu. Saya cuma boleh berbangga dengan perubahan ketara bangunan Urusetia Daerah Tenom. Dari sebuah bangunan yang sering bocor ketika hujan, kami telah berusaha agar bangunan tersebut dibina bumbung. Pagar sekeliling bangunan juga di naik taraf sesuai dengan kedudukannya sebagai Pusat Pentadbiran Utama daerah yang sekaligus dapat memberikan imej positif kepada penjawat awam dan kerajaan. Didalam usaha pembasmian kemiskinan, Tenom merupakan salah satu daerah dari 5 dearah yang mempunyai projek agropolitan selain mini estet sejahtera (MESEJ) di Kg Patian Kemabong dan Kg Kalanyaan Melalap. Projek agropolitan tersebut pada awalnya diperuntukkan kepada daerah Ranau tetapi disebabkan masalah tanah, kami telah memohon agar projek tersebut dipindahkan di Kg Kabintaluan Kemabong yang terletak di daerah Kecil Tenom ini. Ironi nya saya akan kembali untuk bertugas ke daerah Ranau. Didalam hati kecil saya, saya akan cuba usahakan untuk mendapatkan kawasan untuk projek agropolitan ini bagi RMk 10.


5. Beberapa perancangan pembangunan telah saya bincang dengan ADO Pembangunan, En Premus Takom tetapi nampaknya saya tidak sempat untuk bersama-sama terlibat diperingkat pelaksanaan. Sebagai sebuah daerah yang sering dikunjungi pelancong, keindahan dan kebersihan pekan Tenom merupakan keutamaan saya. Justeru itulah kami telah merancang untuk menariktaraf padang Pekan Tenom dengan kos dianggarkan sebanyak 2 juta dan telahpun diperingkat kelulusan. Saya sangat berharap agar projek ini akan menjadi kenyataan.






Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER