Posts

Showing posts from November, 2008

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH NEGERI SABAH

1. Tahun ketiga menjadi Pegawai Daerah, persidangan kali ini merupakan kali kedua saya hadiri. Tahun lepas (2007) saya tidak dapat menghadiri persidangan ini kerana menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada tarikh persidangan ini diadakan. 2. Berpeluang menghadiri persidangan ini bermula ketika dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Kemabong pada tahun 2001. Setiap kali persidangan diadakan, nasihat dan motivasi dari SUT KPLB, YB SKN dan Menteri KPLB adalah perkara wajib. 3. Berikut adalah petikan akhbar The New Sabah Times mengenai perkara diatas yang diterbitkan pada 4 Nov 2008. DOs MUST ENSURE SMOOTH IMPLEMENTATION OF DEVT PROGRAMMES, SAYS MUSA 4th November, 2008 KOTA KINABALU: District officers have been reminded that they have a heavy responsibility to ensure the smooth implementation of development programmes. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said they must work in line with the government’s aspiration to fulfil the needs of the people, especially the ta

Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman

Image
Ybhg Datuk Nordin Siman bersama Pegawai Kanan Bahagian Kabinet Dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri pada tahun 2005. 1.Syabas dan Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman atas anugerah Bintang Kebesaran Negeri PGDK yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Jadi Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke 62 baru-baru ini. 2.Sepanjang perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam, saya berpeluang sebanyak 2 kali berkerja didalam pejabat yang sama dengan beliau. Pertama ketika beliau menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri pada tahun 90 an. Ketika itu saya bertugas sebagai Pengurus Rancangan Tanah Belia. Pada tahun 2004 - 2005, sekali lagi saya berpeluang mendapat bimbingan beliau di Bahagian Kabinet dan Dasar (BKD), Jabatan Ketua Menteri. Beliau sebagai Pengarah BKD dan saya selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kabinet. 3.Pada tahun 2005, Tuan Hj Nordin di tukarkan ke Pejabat Setiausaha Hasil Bumi dan saya di tukarkan ke Pejabat Daerah Tenom sebagai Pegawai Dae