Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang



1. Sempena cuti hari raya, kemarin saya dan anak-anak berkesempatan melawat kebun buah-buahan yang kurang terurus kerana lama ditinggalkan ketika bertugas diluar daerah. Kebetulan pokok tarap sedang berbuah dengan lebatnya. Banyak buah masak yang gugur dengan sendirinya kerana tiada kesempatan untuk memetiknya. Tiba-tiba saya teringat akan buah tarap yang dijual di tepi jalan lama KK - Papar. Saya pernah bertanya harga buah tarap tersebut dan alangkah "terperanjat" apabila sebiji dijual sehingga RM6, malah buah yang bersaiz besar dijual sehingga RM8.


2. Saya terfikir bahawa zaman ini bukan lagi seperti zaman 70an atau 80an dahulu, dimana buah tarap tidak setaraf dengan buah-buahan lain seperti buah durian dipasaran. Buah ini bukan lagi dianggap sebagai makanan "pilihan terakhir" tetapi kini merupakan buah yang dicari orang. Tidak perlu ditunggu sehingga buahnya masak kerana buah muda memang enak untuk dibuat sayur, apalagi jika dimasak dengan santan & ikan masin atau dengan ayam kampung......nyaman ohhh.


3. Mungkin generasi baru tidak tahu, daun tarap juga boleh digunakan untuk mencuci atau mengilat periok dan "lanjang". Tahun 70an dan awal 80an orang kampung masih memasak menggunakan kayu api, belum ada gas atau rice cooker. Biasalah jika memasak menggunakan kayu api, alat memasak biasanya diselaputi warna hitam akibat asap kayu tersebut. Jadi untuk membersihkannya, daun tarap tua akan digunakan sepertimana orang menggunakan kertas pasir.


4. Dalam kegairahan orang menanam tanaman komersail seperti kelapa sawit, saya dapat menjangkakan suatu hari nanti buah-buahan tempatan seperti tarap akan berkurangan jika tiada usaha untuk menanamnya. Mungkin ketika itu harga tarap sama dengan buah durian. Jadi apa kata jika kita tanam dua tiga pokok buah tarap untuk membolehkan kita menikmati buah yang manis dan sedap rasanya ini......


5. Akhir sekali saya masih ingat rakan-rakan berpantun seperti berikut,

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang.....


Comments

Popular posts from this blog

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER