Posts

Showing posts from July, 2009

Tiada Kesan Kehadiran Baru PTI di Tenom.

Image
Artikel ini terbit di laman web sabahkini. TIADA KESAN KEHADIRAN BARU PTI DI TENOM? Oleh: MAIL MATHEW Pegawai Daerah Tenom, Haji Faimin Kamin menjelaskan bahawa setakat ini tidak terdapat tanda-tanda baru kehadiran pendatang asing tanpa izin (PTI) di daerah ini, malah suasana pekan dan juga kawasan kampung kelihatan normal seperti biasa, tidak seperti yang didakwa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Radin Malleh dalam kenyataannya baru-baru ini. Katanya, kemungkinan mereka yang memberi maklumat kepada beliau tersilap sangka bahawa kehadiran ramai rakyat asing di sini berkeliaran dipekan terutamanya semasa tamu mingguan adalah PTI, sebaliknya mereka itu mempunyai dokumen yang sah kerana bermajikan. Beliau yang juga, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah di sini berkata demikian kepada sabahkini.net sebagai mengulas kenyataan Datuk Radin Malleh baru-baru ini yang mendakwa kononnya daerah ini kelihatan banyak PTI. Dalam kenyataan itu, Datuk Radin dipetik sebagai berka

Guyabano, The Soursop Fruit

Image
Artikel ini saya dapat melalui e mail dari sdra Tinus Manggam. Kalau dikampung buah ni dipanggil lampun. Tumbuh meliar di belakang rumah datuk saya di kg Lohan Ulu pada tahun 1970an. Sekarang ni agak susah juga dapatkan buah ni. Berikut artikel tersebut untuk perkongsian maklumat. The Sour Sop or the fruit from the graviola tree is a miraculous natural cancer cell killer 10,000 times stronger than Chemo.Why are we not aware of this? Its because some big corporation want to make back their money spent on years of research by trying to make a synthetic version of it for sale.So, since you know it now you can help a friend in need by letting him know or just drink some sour sop juice yourself as prevention from time to time. The taste is not bad after all. It’s completely natural and definitely has no side effects. If you have the space, plant one in your garden.The other parts of the tree are also useful.The next time you have a fruit juice, ask for a sour sop.How many people died in va

BENGKEL KERTAS SIASATAN AKTA PEMBERI PINJAMAN WANG 1951 (Akta 400)

Image
Oleh: MAIL MATHEW PELUASAN pemakaian Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) dan peraturan peraturannya ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Januari 1, 2008, maka Ordinan Pemberi pinjaman wang negeri Sabah Cap.81 1901 telah dimansuhkan, supaya cara pentadbiran aktiviti pemberi pinjaman wang dinegeri ini terus diseragamkan sepertimana yang diamalkan di Semenanjung Malaysia. Pembantu Menteri Kewangan Sabah Donald Peter Mojuntin berkata demikian pada Jumaat ketika menutup bengkel kertas siasatan bagi Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) di Hotel Perkasa disini. Bengkel selama lima hari itu telah dihadiri kira kira 67 Pegawai yang mana terdiri daripada para Pegawai Daerah diseluruh Sabah termasuk para Pegawai Dewan Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. Monjuntin seterusnya berkata, terdapat kelainan sedikit dimana di Semenanjong ia dipusatkan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKTP), namun di Sabah segala urusan perndaftaran atau permohonan,

PBRS TENOM MERAJUK TIDAK DIJEMPUT ?

Saya rasa perlu menjawab artikel terdahulu, Sahabat saya En Mail Mathhew telah memperjelaskan isu tersebut melalui laman web Sabahdaily.com. Terima kasih lah sdra Mail. PBRS TENOM MERAJUK TIDAK DIJEMPUT? PEGAWAI DAERAH TENOM Haji Faimin Kamin menjelaskan bahawa tidak terniat oleh beliau untuk tidak memaklumkan mahupun tidak menjemput pemimpin pemimpin PBRS semasa lawatan kerja Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin ke daerah ini baru baru ini. Apa yang sebenarnya berlaku bahawa lawatan Datuk Ellron ke sini sebagai lawatan kerja atas kapasitinya sebagai Pembantu Menteri yang diundang olek JKKK Kg Pangi bagi meninjau sendiri kepincangan kemudahan infrastruktur pelancongan disini khususnya di pusat riadah White water rafting Pangi – Rayoh yang sangat memerlukan perhatian pihak kerajaan. Manakala kehadiran saya adalah sebagai Pegawai Daerah yang tidak boleh lari dari tanggung jawab untuk mengiringi beliau semasa dalam lawatan kerjanya itu.

KOMPONEN BN TENOM BERTELAGAH ?

Adalah menjadi lumrah, setiap kali kita melaksanakan tugas, ada sahaja rungutan ataupun isu yang cuba ditimbulkan oleh " pemain politik " tempatan seperti mana artikel dibawah yang ditulis oleh "politikus tempatan " yang terlalu ghairah menonjolkan diri. Artikel ini dipetik dari laman web Sabahkini.net yang merupakan gelanggang utama untuk menghentam ahli politik dan pegawai kerajaan. Kita terima ini sebagai lumrah ahli parti pembangkang, kerana hanya Allah jua lah yang maha mengetahui apa yang tersirat dihati manusia. KOMPONEN BN TENOM BERTELAGAH? Written by Admin Sunday, 19 July 2009 00:06 OLEH: HJ.WAHAB TIMPAI. PEGAWAI Daerah Tenom, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Daerah, Hj. Faimin Kamin perlu memperjelaskan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kawasan Melalap yang tidak diberi tahu kunjungan Pembantau Menteri Pelancongan, yang juga merengkap Timbalan Presiden PBRS YB. Datuk Aliron Angin, sedangkan pemimpin parti komponen yang lain seperti Umno,

Lawatan Ke Kg Pangi Tenom

Image
1. Kg Pangi Tenom merupakan sebuah perkampungan yang agak unik di Daerah Tenom, dimana ianya salah sebuah penempatan yang hanya boleh dihubungi melalui jalan keretapi. Jalanraya tidak dapat dibina masuk kekawasan ini disebabkan oleh faktor muka bumi dan juga disebabkan pembinaan jalan melibatkan kawasan Hutan Simpan. 2. Pada 16 Julai 2009, saya telah mengikuti rombongan YB Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Alfred Angin melawat ke kampung tersebut untuk meninjau potensi pembangunan prasarana pelancongan di kawasan tersebut. Di sini lah tempat bermulanya aktiviti white water rafting di Sungai Padas yang terkenal diseluruh dunia itu. 3. Kerajaan telah banyak menyalurkan peruntukan kemudahan asas di sini termasuk bekalan eletrik, jambatan gantung dan beberapa projek kecil. Adalah menjadi harapan saya agar lawatan Pembantu Menteri ke kawasan ini akan dapat mempertingkatkan kemudahan asas disini walaupun setelah saya meninggalkan daerah ini untuk berpindah

Bertha Hertogh atau Natrah meninggal dunia di Belanda

Image
09/07/2009 9:03pm KUALA LUMPUR 9 Julai - Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda semalam. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr. Fauziah Mohd. Taib, menerusi e-mel kepada Bernama hari ini. Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda. Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi. Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Keputusan mahkamah itu menimbulkan kemarahan masyarakat Islam di Singapura, sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira

TENOM 2005 - 2009

1. 3 Julai 2009, jumaat lebih kurang jam 10 pagi telefon bimbit saya berdering. Saya melihat diskrin hp, SUT KPLB Datuk Ghulam Jailani sedang memanggil. Walau bagaimanapun saya tidak dapat menyambut dengan segera kerana saya sedang on line dengan YB Datuk Radin Malleh, ADUN N.35 Melalap merangkap Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri. Setelah perbualan telefon saya dengan YB Datuk Radin, saya mendail balik panggilan SUT KPLB. Panggilan dari SUT kali ini adalah memaklumkan mengenai pertukaran saya dari Tenom ke Ranau sebagai Pegawai Daerah. Berita ini tidak dijangka tetapi tidak mengejutkan kerana desas desus pertukaran pegawai-pegawai daerah sentiasa bertiup dengan pelbagai spekulasi. 2. Mendengar berita ini saya tidak tau sama ada saya terima sebagai berita baik atau sebaliknya. Saya menganggap tempoh perkhidmatan saya di Daerah Tenom masih belum lama dan saya masih enjoy untuk berkhidmat du Daerah ini. Namun saya sentiasa positif dan menganggap setiap pertukaran itu ada hikma