Posts

Showing posts from October, 2009

Kunjungan Hormat Oleh Pegawai Perhutanan Daerah Ranau

20.10.09 Kunjungan Hormat oleh DFO ( Pegawai Perhutanan Daerah ) yang beru, En Mohd Razali Muhammad. Beliau berasal dari Kg Bongawan Papar dan berkhawin dengan orang Ranau. Selamat bertugas kepada DFO baru kita......

Hari Raya KPLB Sabah

Image
19 Okt 2009 - Selepas menghadiri Taklimat Garis Panduan Pertama Penyediaan RMk 10 di Maggellan pagi tadi, sebelah petang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kem Pembangunan Luar Bandar Sabah di sebelah petang. Sempat ambil gambar bersama YB Datuk Sairin Karno, Pem...bantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan En Suhaili Riman, KPSU Kem Kewangan Negeri. Read More

Menghadiri Majlis Aidil fitri kelas Tarbiyah Ranau pada 11 Okt 2009

Image
11 Okt 2009 - menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri oleh Kelas Tarbiyah Ranau di Sekolah Agama Ranau. Bangga didalam hati melihat ramai dikalangan rakan, pacik dan makcik yang menhghadiri kelas agama untuk mempertingkatkan ilmu agama. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya.

Mesyuarat Pesta Durian Ranau

Image
Pada 10 Okt 09, satu mesyuarat mengadakan pesta durian di Ranau telah dilaksanakan. Pesta ini pertama kali diadakan setelah ditimbulkan sejak beberapa tahun dulu.

Menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Ranau

Image
Bersama CP Sabah dan OCPD Ranau Gambar kumpulan Orkes bambu 1. Selepas mesyuarat berakhir di Majlis Daerah Ranau, lebih kurang jam 11.45 pagi, saya bersama Pegawai Eksekutif MDR dan Ahli Majlis Daerah, Tn Hj Jaimin Samitah telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Dewan Serba Guna Balai Polis Ranau yang dianjurkan oleh IPD Ranau. 2. Tetamu Kehormat adalah Ketua Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim. Turut serta pegawai kanan Polis dari ibu negeri dan OCPD Ranau. 3. Orkes Bambu Kinabalu Merdu Sound telah menghiburkan lebih 200 orang tetamu yang turut hadir.

Kunjungan Rakan Tenom Radio Club (TRC)

Image
1. Seramai 25 orang ahli TRC ( Tenom Radio Club ) telah berkunjung ke Rumah Saya pada 4 Okt 2009. Walaupun Rumah Terbuka Hari Raya telah dibuat pada 3 Okt 09, tetapi saya dan keluarga telah membuat Raya Terbuka Khas untuk rakan-rakan dari Tenom. 2. Rombongan diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Ismail bersama-sama beberapa rakan. Ramai dikalangan mereka datang dengan membawa anak dan isteri masing-masing. 3. Sebanyak 6 buah kendaraan dan 4 buah motosikal telah digunakan oleh rakan-rakan TRC. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi saya di Ranau, walaupun jaraknya hampir 200 km. Tambahan lagi mereka terlibat dengan aktiviti komuniti bistari di Kg Chinta Mata Tenom yang sudah pasti amat meletihkan mereka. 4. Terima kasih sekali lagi, moga ikatan persahabatan dan silaturrahim kita akan tetap berkekalan sehingga akhir hayat.

Bertemu dengan Ustaz Nazrey Johani ex Vokalis Kumpulan Nasyid Raihan

Image
1. Selepas Mesyuarat Pesta Kobis di Hotel PERKASA Kundasang pada 1 Okt 09, beberapa org ahli mesyuarat telah membuat pemeriksaan tapak pesta di Pekan Kundasang. Selepas pemeriksaan, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pesta Kobis, En Suatin Mayor mempelawa kami untuk minum di sebuah Restoran. 2. Ketika kami memasuki restoran tersebut, kami teleh terserempak dengan Ustaz Nazery Johani, bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan sedang mempromosikan minyak TITAN POWER MOTOR OIL. Rupanya beliau telah menjadi usahawan dengan menjadi Pengarah Duta minyak tersebut. 3. Beliau telah memberikan taklimat mengenai kelebihan minyak tersebut. Kelebihan minya TPMO ini, ianya merupakan minyak sintatik yang boleh bertahan sehingga pemanduan 15 ribu km, berbanding minyak biasa 5 ribu km. 4. Mari kita sokong dengan membeli produk yang baik ini, tambahan pula setiap pembelian rm10 akan didermakan kepada pembinaan tahfiz di Ranau oleh ustaz Nazrey. 5. Tahniah kepada anak jati Ranau ini yang telah berjaya sebagai art

RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2009

Image
YB Datuk Masidi dan ex KAN Muji Sabalat ADO Premus Takom dan Chiew @ Ahpit Bersama Pelajar UMS 1. Tahun pertama mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Ranau sebagai Pegawai Daerah. Tidak disangka ramai sahabat handai dan saudara mara telah datang berkunjung. Dianggarkan lebih 500 orang telah datang berkunjung. 2. Selain dari kehadiran Datuk Masidi Manjun dan Tan Sri Ghanie Gilong, kakitangan kerajaan dan staf Pejabat Daerah Ranau, beberapa orang rakan dari Tenom telah datang beraya. Antaranya ADO Premus, Chiew @ Apit, Jubin bersama isteri dan anak-anak, Parker Chong, Yas, Rosli dan anak serta en Sinin Gambaris. Begitu juga dengan kehadiran pelajar-pelajar UMS yang telah turut serta datang beraya.