BENGKEL KERTAS SIASATAN AKTA PEMBERI PINJAMAN WANG 1951 (Akta 400)


Oleh: MAIL MATHEW


PELUASAN pemakaian Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) dan peraturan peraturannya ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Januari 1, 2008, maka Ordinan Pemberi pinjaman wang negeri Sabah Cap.81 1901 telah dimansuhkan, supaya cara pentadbiran aktiviti pemberi pinjaman wang dinegeri ini terus diseragamkan sepertimana yang diamalkan di Semenanjung Malaysia.
Pembantu Menteri Kewangan Sabah Donald Peter Mojuntin berkata demikian pada Jumaat ketika menutup bengkel kertas siasatan bagi Akta pemberi pinjaman wang 1951 (Akta 400) di Hotel Perkasa disini. Bengkel selama lima hari itu telah dihadiri kira kira 67 Pegawai yang mana terdiri daripada para Pegawai Daerah diseluruh Sabah termasuk para Pegawai Dewan Bandaraya, Perbandaran dan Majlis Daerah. Monjuntin seterusnya berkata, terdapat kelainan sedikit dimana di Semenanjong ia dipusatkan dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKTP), namun di Sabah segala urusan perndaftaran atau permohonan, termasuk pengeluaran dan pembaharuan lesen serta permit ia diletakkan di bawah tanggung jawab Kementerian Kewangan. Selain itu kata Mojuntin, hasil bayaran lessen dwi-tahunan adalah juga diberikan kepada kerajaan negeri Sabah sebanyak RM2,000.00 (bagi dwi-tahunan), di mana bilangan lesen yang telah diberikan di Sabah setakat ini sejumlah 203. Selain itu kata beliau, Setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan dilantik sebagai Timbalan Pendaftar Pemberi Pinjaman Wang (PPW) bagi negeri ini mengikut Akta ini. Manakala seramai 101 Pegawai di semua daerah di Sabah telah juga dilantik sebagai Pegawai Pemeriksa (Inspektor) yang bertindak menjalankan aktiviti aktiviti penguatkuasaan. “ Tujuan bengkel ini adalah membekalkan para pegawai yang terlibat, beberapa kaedah yang akan digunapakai oleh mereka yang bukan sahaja tahu tentang tatacara penyiasatan keatas setiap aduan, tetapi lain lain tugas termasuk pendakwaan di Mahkamah,” jelas Mojuntin. “ Kita juga tidak mahu ada kejadian dimana kertas siasatan atau tuduhan keatas pesalah dipertikaikan di Mahkamah…maka kita mahu semua pegawai mesti cekap mengendalikan tugas yang terkandung didalam Akta 400,” tambahnya lagi. Justeru itu katanya lagi, kerajaan tidak mahu para peminjam yang kurang berpengetahuan teraniaya dan dieksploitasi oleh pemberi pinjaman wang yang tidak bertanggung jawab dan tidak berperikemanusiaan terutamanya ‘Along’. “ Kita mahu sedarkan masyarakat sekeliling kita bahawa sekali pun mereka berada dalam kesempitan kewangan…jangan sekali kali terus terpedaya dan terperangkap dengan cengkaman ‘Along’…maka itu kita benarkan juga perkhidmatan peminjam wang berlesen sepertimana dalam Akta 400,” tegasnya. “ Kita mahu peminjam wang mendapat menfaat daripada pinjaman mereka sebagai modal perniagaan mahupun membiayai kos pelajaran anak anak dengan kadar faedah yang berpatutan dan tidak membebankan peminjam untuk membayar balik pinjaman,” tambah beliau lagi. Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah Datuk Yusof Haji Kassim dan Suprintendan Abdul Ghani Ahmad daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan selaku Ketua Penceramah.



Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER