Posts

Showing posts from 2008

MAJLIS KELUARGA SAKAG KG TOROLOBOU RANAU

1. Majlis Keluarga Sakag Kg Torolobou Ranau, merupakan satu majlis pertemuan keluarga yang mempunyai asal keturunan dari Kg Torolobou. Pelaksanaan majlis tersebut dipengerusikan oleh Cikgu Sabin Masri dan ajk beliau. Di hadiri lebih kurang 200 orang, satu bilangan yang agak menurun berbanding majlis tahun-tahun lepas.Seperti tahun sebelum ini,ajlis disempurnakan perasmian oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, yang juga merupakan anak jati Kg Tororlobou. 2. Pencapaian yang paling menarik untuk dikongsikan bersama pada tahun ini adalah kejayaan penduduk kampung yang berjaya membina janakuasa eletrik hidro yang mampu memberikan bekalan api kepada semua rumah-rumah di perkampungan tersebut. Sebagai orang kampung Tororlobou saya amat kagum dengan daya kreativiti dan sumbangan anak-anak kampung ini. Projek yang diketuai oleh En Laman Masri dengan bantuan anak-anak kampung yang berkemahiran seperti jurutera awam, tukang kimpal dan pendawaian, pr

PERSIDANGAN PEGAWAI-PEGAWAI DAERAH NEGERI SABAH

1. Tahun ketiga menjadi Pegawai Daerah, persidangan kali ini merupakan kali kedua saya hadiri. Tahun lepas (2007) saya tidak dapat menghadiri persidangan ini kerana menunaikan ibadah haji di Tanah Suci pada tarikh persidangan ini diadakan. 2. Berpeluang menghadiri persidangan ini bermula ketika dilantik menjadi Penolong Pegawai Daerah, Daerah Kecil Kemabong pada tahun 2001. Setiap kali persidangan diadakan, nasihat dan motivasi dari SUT KPLB, YB SKN dan Menteri KPLB adalah perkara wajib. 3. Berikut adalah petikan akhbar The New Sabah Times mengenai perkara diatas yang diterbitkan pada 4 Nov 2008. DOs MUST ENSURE SMOOTH IMPLEMENTATION OF DEVT PROGRAMMES, SAYS MUSA 4th November, 2008 KOTA KINABALU: District officers have been reminded that they have a heavy responsibility to ensure the smooth implementation of development programmes. Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman said they must work in line with the government’s aspiration to fulfil the needs of the people, especially the ta

Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman

Image
Ybhg Datuk Nordin Siman bersama Pegawai Kanan Bahagian Kabinet Dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri pada tahun 2005. 1.Syabas dan Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman atas anugerah Bintang Kebesaran Negeri PGDK yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Jadi Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke 62 baru-baru ini. 2.Sepanjang perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam, saya berpeluang sebanyak 2 kali berkerja didalam pejabat yang sama dengan beliau. Pertama ketika beliau menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri pada tahun 90 an. Ketika itu saya bertugas sebagai Pengurus Rancangan Tanah Belia. Pada tahun 2004 - 2005, sekali lagi saya berpeluang mendapat bimbingan beliau di Bahagian Kabinet dan Dasar (BKD), Jabatan Ketua Menteri. Beliau sebagai Pengarah BKD dan saya selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kabinet. 3.Pada tahun 2005, Tuan Hj Nordin di tukarkan ke Pejabat Setiausaha Hasil Bumi dan saya di tukarkan ke Pejabat Daerah Tenom sebagai Pegawai Dae

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2008

Image
1. Terima kasih kepada semua sahabat handai yang sudi datang ke Rumah Terbuka Raya kami pada 18 Okt. 2008. Dijangka lebih 300 tetamu telah hadir. 2. Terima kasih juga kepada ahli Tenom Radio Club atas kehadiran di Rumah Terbuka kami.

Selamat Hari Raya Aidlfitri 2008

Image
Saya dan Keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidlfitri kepada semua keluarga dimana sahaja berada terutamanya di Ranau, weston dan Kota Kinabalu. Maaf Zahir dan Batin.