Lawatan Ke Kg Pangi Tenom





















1. Kg Pangi Tenom merupakan sebuah perkampungan yang agak unik di Daerah Tenom, dimana ianya salah sebuah penempatan yang hanya boleh dihubungi melalui jalan keretapi. Jalanraya tidak dapat dibina masuk kekawasan ini disebabkan oleh faktor muka bumi dan juga disebabkan pembinaan jalan melibatkan kawasan Hutan Simpan.

2. Pada 16 Julai 2009, saya telah mengikuti rombongan YB Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, YB Datuk Alfred Angin melawat ke kampung tersebut untuk meninjau potensi pembangunan prasarana pelancongan di kawasan tersebut. Di sini lah tempat bermulanya aktiviti white water rafting di Sungai Padas yang terkenal diseluruh dunia itu.

3. Kerajaan telah banyak menyalurkan peruntukan kemudahan asas di sini termasuk bekalan eletrik, jambatan gantung dan beberapa projek kecil. Adalah menjadi harapan saya agar lawatan Pembantu Menteri ke kawasan ini akan dapat mempertingkatkan kemudahan asas disini walaupun setelah saya meninggalkan daerah ini untuk berpindah ke Daerah Ranau juga sebagai Pegawai Daerah.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER