Posts

Showing posts from February, 2009

Kisah Cinta Romeo & Juliet Moden

Image
1. Ketika membuka e mail pagi tadi, saya tertarik dengan satu e mail yang di forward kan oleh seorang rakan. Samada cerita ini benar-benar wujud atau tidak, tidak dapat dipastikan, namun ianya sangat menarik. Berikut adalah cerita yang saya maksudkan; An incredible love story has come out of China recently and managed to touch the world. It is a story of a man and an older woman who ran off to live and love each other in peace for over half a century. The 70-year-old Chinese man who hand-carved over 6,000 stairs up a mountain for his 80-year-old wife has passed away in the cave which has been the couple's home for the last 50 years.Over 50 years ago, Liu Guojiang a 19 year-old boy, fell in love with a 29 year-old widowed mother named Xu Chaoqin.. In a twist worthy of Shakespeare's Romeo and Juliet, friends and relatives criticized the relationship because of the age difference and the fact that Xu already had children. At that time, it was unacceptable and immoral for a young

Fenomena Dukun Cilik Ponari di Indonesia

Dianggap Sakti Setelah Disambar Geledek 1. Ketika menonton TV, saya tertarik dengan cerita seorang budak berumur 10 tahun yang bernama Ponari telah mendadak menjadi "bomoh" selepas di sambar petir dan memperolehi batu ajaib. Bagi tujuan pengubatan, kanak-kanak ini akan merendamkan batu tersebut di dalam air untuk diminum sang pesakit. 2. Sejak dahulu saya juga pernah mendengar cerita, apabila petir menyambar pokok, carilah batu atau disebut sebagai gigi atau sumisi (dalam bahasa dusun ), yang akan terlekat di pokok tersebut. Walau bagaimanapun seingat saya, tiada seorang pun yang menemui atau memiliki batu tersebut yang menjadi dukun. 3. Apa yang menarik perhatian saya ialah ketaksuban orang ramai yang mendatangi rumah keluarga Ponari sehingga angka ribuan, malah telah menyebabkan 3 orang terkorban kerana berasak-asak untuk mendapatkan rawatan. Malah berita terkini ayah kepada Ponari telah dimasukkan ke hospital kerana keletihan dengan kedatangan ribuan pesakit ponari. 4. Keh

BOLA SEPAK MALAYSIA

1. Dengan prestasi yang ditunjukkan skuad negara masa kini, pasti tidak ramai yang terkejut dengan kemerosotan ranking bola sepak negara yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Jika sebelum ini, ramai yang mengeluh melihat angka ranking 158 yang dihuni pasukan negara, kali ini ia jatuh dua anak tangga lagi untuk berada di 161, rangking terendah kedua pernah diduduki oleh skuad negara.Paling buruk, Malaysia pernah berada di ranking ke-170 pada April 2008 manakala yang terbaik, berada di tangga ke-75 pada Ogos 1993 yang ketika itu dikemudi oleh Ken Worden yang kini selesa melatih skuad Terengganu. ( Utusan Malaysia 14.02.09) 2. Menurut laman web FIFA, Malaysia mengumpulkan 104 mata pada Februari, kurang 10 mata daripada senarai bulan lepas, dan hanya sembilan kedudukan lebih baik daripada kedudukan terendah iaitu tempat ke-170 pada April tahun lepas. Hanya 16 negara yang kedudukan mereka jatuh dalam ranking FIFA yang melibatkan 201 negara. Sejak dua tahun lepas,

Bencana Alam Banjir

1. Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan banjir besar di Negeri Sabah, termasuk Daerah Tenom. Rancangan untuk membawa keluarga bercuti ke Tawau terpaksa ditunda kerana terpaksa membuka Bilik Gerakan Banjir. Program telah diatur pada malam sabtu bersama-sama Cikgu Lawasa dan Cikgu Samsudin Akil, Namun rancangan tinggal rancangan kerana pada malam tersebut hujan mula turun dengan lebatnya sehingga mengakibatkan banjir besar. 2. Fenomena banjir kali ini agak luar biasa. Biasanya Jawatankuasa Banjir tidak menghadapi masalah mengurus banjir kerana kita dapat membuat persediaan berdasarkan bacaan tolok yang diurus oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Sungai Padas. Namun banjir pada kali ini, selain banjir sungai, kejadian "Banjir Darat " dimana jumlah air yang banyak datang dari kawasan bukit, telah mengakibatkan kawasan perumahan yang tidak pernah dilanda banjir menjadi mangsa yang teruk kerana mereka tidak menyangka akan kejadian ini. Kawasan perumahan seperti