Petikan dari laman www.sabahkini.net mengenai pertukaran ke Ranau






1. Terima kasih diatas tulisan En Mail Mathew, seorang pemberita yang sangat aktif dan kritikal didalam tulisan-tulisan berita beliau samada di akhbar Daily Express ataupun di laman internet. Berikut adalah tulisan beliau yang saya perik di Sabah.net




Oleh: MAIL MATHEW


PEGAWAI Daerah Tenom yang akan bertukar ke Pejabat Daerah Ranau berkuatkuasa serta merta, Haji Faimin Kamin bersyukur kerana selama perkhidmatannya di Tenom hampir lima tahun lalu telah berjaya melaksanakan tanggung jawab meskipun beliau terpaksa mengharungi saat-saat getir yang mencemaskan seperti bencana alam banjir yang terburuk sekali berlaku di sini dan tragedi keretapi terjunam ke sungai Padas.


Walaubagaimana pun katanya, dalam menghadapi saat-saat getir itu tidak lagi menjadi tugas berat yang tersandar dibahunya kerana para ahli jawatankuasa bencana alam daerah yang senantiasa membantunya menjadikan tugas dan tanggung jawab itu menjadi ringan.Beliau berkata demikian dalam satu majlis ringkas serah-menyerah tugas selaku Pegawai Daerah yang telah diadakan pada Khamis kepada pengganti beliau, Siriman M.F.Basir yang juga merupakan mantan Pegawai Daerah Ranau.Majlis serah menyerah tersebut berlangsung diBilik Mesyuarat urusetia Pejabat Daerah Tenom dengan disaksikan beberapa kakitangan yang lain.Haji Faimin yang ditugaskan sebagai Pegawai Daerah Tenom sejak Oktober, 2005 merupakan seorang Pentadbir yang dedikasi dan mesra rakyat. Selain itu beliau telah banyak menghasilkan pencapaian yang membanggakan dari segi membangunkan daerah Tenom dengan kerjasama para wakil rakyat dan pemimpin tempatan.Di antara kejayaan besar beliau dari aspek pembangunan seperti projek Agropolitan di Kampung Kabintaluan Kemabong, 2 Mesej (mini estate sejahtera) iaitu di Kampung Patian dan Kampung Kelanaan Melalap.Ketika ditanya perasaan beliau ketika meninggalkan daerah ini yang terpaksa akur kepada arahan kerajaan berpindah pula ke daerah lain, beliau berkata, seseorang penjawat awam tidak dapat mengelakkan semua arahan kerajaan meskipun sukar untuk meninggalkan Tenom, daerah yang makmur, bersih dan harmoni.“ Saya bersyukur kerana telah berjaya melaksanakan tanggung jawab besar saya selaku Pegawai Daerah di sini selama hampir 5 tahun…lebih-lebih lagi semasa bencana alam banjir yang terburuk sekali belum pernah berlaku sebelum ini…namun atas kerjasama semua AJK Bencana Alam Daerah kita dapat selesaikan dengan baik,” tegas Faimin.Menurut Faimin lagi, banyak kenangan yang dicurahkan beliau selama bertugas di sini antara lain kerja-kerja menaiktaraf bangunan urusetia Pejabat Daerah di sini dan juga mengujudkan Unit Radio Jawatan Kuasa Pengurusan Bencana Alam.“ Penggunaan radio amatur untuk kerja-kerja kemudahan komunikasi di kalangan ahli…di mana satu-satunya Pejabat Daerah yang diberi kelulusan oleh Suruhanjaya Komunikasi bagi penggunaan frekuensi. Unit Radio ini dikendalikan oleh sekumpulan sukarelawan yang dinamakan Tenom Radio Club (TRC),” tambahnya lagi. Selain itu tambahnya, beliau berjaya menjadikan Pekan Tenom di antara pekan yang bersih. Mungkin juga satu-satu daerah yang bebas dari kegiatan penjualan rokok haram di kaki-kaki lima kedai.





SERAH.... Faimin (baju berlengan merah) sedang menyerahkan tugas kepada pengganti beliau sambil disaksikan oleh Kakitangan Pejabat Daerah Tenom.

ULASAN UMUM MENGIKUT TINJAUAN SABAHKINI.NET:-




Tinjauan masyarakat sekeliling rata-rata berpendapat bahawa prestasi kepimpinan dan kewibawan Haji Faimin selaku Ketua Pentadbir di sini amat memuaskan malah banyak kemajuan telah dicapai.Beliau disifatkan oleh rakyat akar umbi sebagai mudah didampingi tanpa mengira status kedudukan seseorang individu itu dan hakikatnya rakyat banyak mendapat pembelaan yang sewajarnya.Di kelompok parti-parti pembangkang pula, mereka menyifatkan gaya pentadbiran Haji Faimin sangat liberal dan adil bagi semua kumpulan. Malahan pembangkang mudah berinteraksi dengannya walaupun pada lazimnya pembangkang sukar mendapat akses untuk berhubungan dengan Pegawai Daerah.





Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER