LAPOR DIRI- TERIMA TUGAS PEGAWAI DAERAH RANAU

1. Hari ini 12 Ogos 2009, bangun awal untuk bersiap-siap. Pagi ini saya ke Pejabat Daerah Ranau untuk majlis SERAH-TERIMA tugas sebagai Pegawai Daerah diantara saya dengan En Siriman Basir, Pegawai Daerah Ranau. Esok majlis yang sama di Pejabat Daerah Tenom akan berlaku majlis yang sama.

2. Selain En Jubin Kinsil yang akan memandu kendaraan ke Ranau, En Jasni Joe Ismail dan En Mat Judin Napsin bercadang untuk ikut sama. Kawan saya En Parker Chong pada mulanya hendak ikut sama tetapi di saat akhir ada tugasan lain dan beliau tak dapat ikut sama.

3. Saya bagi tau En Jubin ketika kami dalam perjalanan balik dari KK ke Tenom kemarin, rasanya esok ke Ranau macam menghadiri mesyuarat saja kerana saya tidak begitu ghairah pindah ke Ranau. Mungkin kerana telah terbiasa dan ramai rakan-rakan di Tenom.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER