Info Bistari Kg Pulong - Acara Terakhir Di Kawasan Kampung.



























1. Info Bistari Kg Pulong merupakan acara terakhir saya bagi program di kawasan kampung. Selaku Pegawai Daerah, saya juga diamanahkan sebagai Penyalaras Komuniti Bistari Daerah Tenom.

2. Bagi saya acara pada 1 Ogos ini nerupakan satu peristiwa yang sangat istimewa. Ketika saya akan bertukar dari Daerah Kecil Kemabong, selaku Penolong Pegawai Daerah, acara terakhir saya adalah di Kg Pulong iaitu Pertandingan Desa Cemerlang . Ironinya ketika saya bertukar ke Daerah Ranau, acara terakhir saya juga di Kg Pulong ini.

3. Terima kasih kepada sahabat saya YB Raime Unggi yang sudi datang menyempurnakan perasmian. Begitu juga dengan rakan-rakan jawatankuasa, khususnya En Ag Mamun Ag Saman, Pegawai Penerangan Daerah, En Juarib Ebin Pengerusi Komuniti Bistari Kg Pulong, Tuan Haji Ahmad Ismail, Pengerusi Komuntiti Bistari Kg Chinta Mata dan semua ahli komuniti Bistari Daerah Tenom.
4. Ucapan penghargaan dari YB Raime, En Ag Mamun dan En Juarib sangat menyentuh hati saya. Diakhir ucapan saya telah membacakan pantun berikut;

Berhembus bayu angin mengalir
Sejuknya sampai ke ujung pohon
Sambutlah salam pesan terakhir
Ku sampai lewat untaian pantun
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Biar jauh di daerah Ranau
Hilang dimata dihati jangan

Sarat perahu muat pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat berlaku lagi di kenang
Inikan pula budi yang baik

Tuan Puteri pergi ke rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi






Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER