Kunjungan Rakan Tenom Radio Club (TRC)










1. Seramai 25 orang ahli TRC ( Tenom Radio Club ) telah berkunjung ke Rumah Saya pada 4 Okt 2009. Walaupun Rumah Terbuka Hari Raya telah dibuat pada 3 Okt 09, tetapi saya dan keluarga telah membuat Raya Terbuka Khas untuk rakan-rakan dari Tenom.

2. Rombongan diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Ismail bersama-sama beberapa rakan. Ramai dikalangan mereka datang dengan membawa anak dan isteri masing-masing.

3. Sebanyak 6 buah kendaraan dan 4 buah motosikal telah digunakan oleh rakan-rakan TRC. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi saya di Ranau, walaupun jaraknya hampir 200 km. Tambahan lagi mereka terlibat dengan aktiviti komuniti bistari di Kg Chinta Mata Tenom yang sudah pasti amat meletihkan mereka.

4. Terima kasih sekali lagi, moga ikatan persahabatan dan silaturrahim kita akan tetap berkekalan sehingga akhir hayat.











Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER