Bertemu dengan Ustaz Nazrey Johani ex Vokalis Kumpulan Nasyid Raihan




1. Selepas Mesyuarat Pesta Kobis di Hotel PERKASA Kundasang pada 1 Okt 09, beberapa org ahli mesyuarat telah membuat pemeriksaan tapak pesta di Pekan Kundasang. Selepas pemeriksaan, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pesta Kobis, En Suatin Mayor mempelawa kami untuk minum di sebuah Restoran.

2. Ketika kami memasuki restoran tersebut, kami teleh terserempak dengan Ustaz Nazery Johani, bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan sedang mempromosikan minyak TITAN POWER MOTOR OIL. Rupanya beliau telah menjadi usahawan dengan menjadi Pengarah Duta minyak tersebut.
3. Beliau telah memberikan taklimat mengenai kelebihan minyak tersebut. Kelebihan minya TPMO ini, ianya merupakan minyak sintatik yang boleh bertahan sehingga pemanduan 15 ribu km, berbanding minyak biasa 5 ribu km.
4. Mari kita sokong dengan membeli produk yang baik ini, tambahan pula setiap pembelian rm10 akan didermakan kepada pembinaan tahfiz di Ranau oleh ustaz Nazrey.
5. Tahniah kepada anak jati Ranau ini yang telah berjaya sebagai artis dan usahawan.



Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER