TADAU TAGAYO KAAMATAN 2009 ( PESTA MENUAI 2009)

Menunggu Ketibaan Perasmi.
Dari Kiri, En Madis Suman, Pen Pegawai daerah Pembangunan En Premus Takom, Ketua Daerah En David Jani,
Pegawai Daerah Tenom Hj Faimin Kamin
dan Gadis Murut dengan pakaian tradisi suku kaum Murut.




Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom 2009

Oleh YB Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

di Tapak Tamu SEDCOVEST Tenom pada 23 Mei 2003.

Turut Hadir ADUN N.35 Melalap Datuk Radin Malleh dan

Ahli Parlimen P 181 Tenom ,YB Raime Unggi





1. Kelmarin 31 Mei 2009 merupakan kemuncak kepada Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah oleh TYT YDPN Sabah Tun Ahmad Shah di Hongkod Koisaan Penampang setelah ianya bermula dengan pelancaran di Daerah Papar pada 1 Mei 2009. Seperti biasa akan dinobatkanlah Juara Sugandoi dan Unduk Ngadau bagi tahun ini setelah dinilai dari semua wakil-wakil daerah yang menjuarai Sugandoi dan Unduk Ngadau diperingkat daerah masing-masing.



2. Pada Tahun ini Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009 disandang oleh Appey Rowenna dari Kg Tomui Papar. Kedua, Pearl Dianne Petrus dari Bandaraya Kota Kinabalu dan Ketiga Joanne Kimberly J Majalap dari Penampang. Seperti tahun-tahun sebelumnya, adalah menjadi perkara biasa wakil unduk ngadau kami dari Tenom dan Kemabong tidak berupaya malaupun sekadar memasuki pusingan akhir. Namun yang penting adalah penyertaan......



3. Tahun ini juga merupakan kali terakhir Pesta Kaamatan di urusetiakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah kerana YB Huguan Siou Datuk Joseph Pairin Kitingan telah bertukar portfolio kementerian ke Kementerian Pembanungan Infrastruktur.

4. Bagi maklumat ringkas pembaca yang ingin mengetahui latarbelakang Pesta Kaamatan, berikut adalah petikan rencana yang sempat dikongsikan ;


Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Magavau
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.
Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.

Sumber
http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/Kaamatan.htm

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER