PERTUKARAN PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH TENOM






Telah menjadi lumrah bagi pegawai kerajaan berpindah randah mengikut arahan pertukaran pihak atasan. Begitulah juga bagi Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom, dimana pada 12 Mei 2009, penyerahan tugas jawatan telah dilakukan oleh En Mohd Saidi Hj Ibrahim kepada Pegawai Eksekutif yang baru iaitu En Wolfred Gentiu. En Saidi bertukar ke Daerah Kota Belud untuk menjawat jawatan yang sama, manakala En Wolfred ditukarkan dari daerah Tambunan ke Tenom dengan menjawat jawatan yang sama.






Kedua-dua pegawai ini saya mula kenali ketika kedua-duanya berjawatan Penolong Setiausha Kerja Majlis Daerah. En Saidi ketika menjawat jawatan tersebut di Tenom dan En Wilfred ketika menjawat jawatan tersebut pada tahun 1995 di Daerah Ranau. Pada ketika itu saya menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Ranau di Bahagian Pentadbiran. Saya juga bertemua beliau di Daerah Tenom ketika saya ditukarkan ke Daerah Kecil Kemabong pada tahun 2001, dimana beliau menjawat jawatan Penolong Pegawai Kerja.






Adalah menjadi harapan, dengan mengenali latarbelakang kedua-dua pegawai ini, akan memudahkan saya melaksanakan tugasan selaku Pengerusi Majlis Daerah Tenom.






Kepada En Mohd Saidi, saya ucapkan Selamat Maju Jaya didalam semua lapangan yang diceburi, selamat datang kepada en Wilfred, harapan saya, beliau dapat memberikan sumbangan idea memajukan lagi Majlis Daerah Tenom, khususnya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pembayar cukai..






Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER