TAHNIAH KEPADA SDRA AZMAN RUSLAN ATAS PERLANTIKAN KETUA PEMUDA UMNO SABAH 2009 - 2011

Tahniah kepada Sdra Azman Ruslan atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Saya mula mengenali Sdra Azman ketika saya bertugas sebagai Pen Pegawai Daerah Kecil Kemabong (2001 - 2003 ) dan lebih akrab selepas saya menjadi Pegawai Daerah Tenom sejak 2005 kerana sering bertemu di majlis rasmi dan majlis parti politik kerana beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Keningau, meskipun sebenarnya kami mempunyai hubungan susurgalur kekeluargaan dari Keluarga Besar Damai.

Sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah sudah tentu tanggungjawab, amanah dan harapan ke atas beliau sudah pasti amat tinggi. Apa tah lagi dengan rekod pencapaian tersendiri dimana beliau merupakan orang kadazandusun pertama yang menduduki jawatan terpenting ini.

Saya amat yakin, beliau akan berjaya dengan cemerlang melaksanakan tugasan jika diberi ruang, peluang dan sokongan oleh rakan-rakan khususnya dari kalangan pemimpin BN.

Sekali lagi tahniah dan selamat maju jaya.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER