Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman


Ybhg Datuk Nordin Siman bersama Pegawai Kanan
Bahagian Kabinet Dan Dasar, Jabatan Ketua Menteri
pada tahun 2005.
1.Syabas dan Tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman atas anugerah Bintang Kebesaran Negeri PGDK yang membawa gelaran "Datuk" sempena Hari Jadi Rasmi TYT Negeri Sabah yang ke 62 baru-baru ini.


2.Sepanjang perkhidmatan di dalam perkhidmatan awam, saya berpeluang sebanyak 2 kali berkerja didalam pejabat yang sama dengan beliau. Pertama ketika beliau menjadi Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri pada tahun 90 an. Ketika itu saya bertugas sebagai Pengurus Rancangan Tanah Belia. Pada tahun 2004 - 2005, sekali lagi saya berpeluang mendapat bimbingan beliau di Bahagian Kabinet dan Dasar (BKD), Jabatan Ketua Menteri. Beliau sebagai Pengarah BKD dan saya selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kabinet.

3.Pada tahun 2005, Tuan Hj Nordin di tukarkan ke Pejabat Setiausaha Hasil Bumi dan saya di tukarkan ke Pejabat Daerah Tenom sebagai Pegawai Daerah. Rakan sekerja saya pula En David Awot selaku Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dasar bertukar ke Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri.

4. Tahun 2008 merupakan tahun bertuah bagi Datuk Nordin, dimana beliau telah dilantik sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri dan seterusnya telah dianugerahi gelaran "Datuk".

5. Dari sudut pendangan peribadi saya, Datuk Nordin mempunyai keistimewaan tersendiri didalam menangani orang bawahan beliau. Ketika bersama-sama di Bahagian Kabinet dan Dasar, beliau telah berjaya menjadikan kakitangan BKD satu pasukan yang komited dengan semangat kekeluargaan dalam melaksanakan tugas rasmi mereka.

6. Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Ybhg Datuk Nordin Siman. Saya sentiasa mengharapkan bimbingan dan tunjuk ajar dari Ybhg Datuk...

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER