03.01.2010 - Perjalanan Yg Jauh

1. Balik ke Weston pada 1 Januari 2010 utk melawat mertua yg kurang sihat. Kebetulan hari ini sepupu isteri, Yassin Hj Tarip mengadakan kenduri kawin. Jadi balik Weston untuk perkara 2 dalam 1 lah tu.
2. Selepas menghadiri kenduri kawin, pulang ke Ranau dengan melalui jalan Weston-Sipitang-Tenom-Keningau-Tambunan Ranau. Bukan apa, agak lama tidak melalui jalan ini setelah bertukar dari Tenom ke Ranau. Bertolak jam 10 dan tiba di Tenom jam 11.45 pagi. Berjumpa dengan rakan-rakan di Restoran RMC. Sedia menunggu adalah sdra Jubin, Jasni dan Mat Judin, kemudian datang beberapa org rakan seperti Hj Hatta dan Imam Taslim.
3. Setelah membayar makanan jumpa sebentar dngn Parker Chong dan Chiew @ Ahpit Biasalah ada ole-ole pamilo dan ikan sungai. Memang lama tak makan ikan sungai tenom.
4. Bertolak selepas singgahkan c Awang di bus stop lagud sebrang, kami melawat sekejap kaurters lama dan singgah sebentar di rumah Ken di Taman Buaya. Niat singgah sekejap, tapi mcm biasa pn satumeh, ibu kpd ken "paksa" juga untuk makan tengahari. Apa lagi makan dululah.
5. Jam 3.30 ptg bertolak ke Ranau dan tiba jam 5.30 ptg. Saya bergegas utk mandi dan bersedia utk bertolak ke majlis RELA di Lohan Rest House kerana ada acara jam 7 malam. Jam 10 mlm balik ke rumah.
Hari yg agak memenatkan tapi seronok kerana sempat berjumpa dengan kawan-kawan lama di Tenom.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER