Disember 2009


Topi Jawa...ole-ole dari Indonesia hadiah dari Pacik Yuman


1. Setelah agak lama bercuti sejak 23 hb dis, hari ini kembali ke pejabat. Juka diikutkan hati, hujung tahun begini memang mau bercuti sehingga 31.12.09. Walau bagaimanapun disebabkan tugasan yang banyak, maka terpaksa juga tugas pejabat di beri keutamaan.
2. Menjadi kelaziman, setiap hujung tahun, banyak aktiviti luaran yang kita lakukan atau terlibat secara tidak langsung. Kelmari dulu setelah mengurus penerbangan balik ke sekolah anak, balik ke Ranau dan terus sahaja menghadiri majlis perkhawinan anak kepada sdra Matlan Gamalie, iaitu en Johari. Kelmarin pula menghadiri perkhawinan anak perempuan pasangan en Mansius @ Masnawi Miun dan Rosnati Abd Rahim di kg Kilimu. Malamnya pula menghadiri Majlis ambutan hari krismas di rumah En Ombin Mining di kg kiaburi.
3. Setelah menghadiri majlis di rumah En Ombin, bergegas pula ke rumah pacik Hj Yuman untuk menghadiri kenduri kesyukuran anak beliau yang telah menghabiskan pengajian sebagai seorang doktor perubatan di Indonesia dan akan mula bertugas di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu pada isnin depan.
4. Sebelum balik Pacik Yuman menghadiahkan saya topi Jawa seperti didalam gambar diatas.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER