PESTA DURIAN RANAU 24 - 25 OKTOBER 2009







Pesta Durian yang diadakan pada 24 - 25 Oktober 2006 adalah julung kali diadakan walaupun idea mengadakan pesta ini telah ditimbulkan sejak beberapa lama.

Kejayaan pelaksanaan pesta ini yg di biyai oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk NGO seperti Persatuan Penanam Buah-buahan Ranau sangat bermakna bagi saya kerana pesta ini merupakan program pertama selepas mengambil jawatan Pegawai Daerah Ranau sejak dua bulan lepas.

Sambutan penjual dan peminat durian dari luar daerah diluar jangkaan. Angka tidak rasmi pengunjung seramai 7 ribu orang dan urusniaga dianggarkan lebih RM 50 ribu.

Aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah Pertandingan Makan Durian, Pertandingan Makan Manggis dan Bayar RM10 makan sepuas hati.

Kejayaan pesta ini telah mendapat pujian dari Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Karanaan. Beliau telah mengumumkan acara ini akan diadakan sebagai acara tahunan.

Terima kasih Datuk dan semua ahli jawatankuasa. Tidak lupa kepada penanam durian dan pengunjung/peminat durian.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER