SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009

1. Tahun Baru 2009 agak istimewa kerana ianya disambut hampir serentak dengan Tahun Baru Kalender Islam dimana Awal Muharram jatuh pada 29 Disember 2008, 2 hari sebelum 1 Januari 2009.

2. Seperti biasa, tahun baru azam pun baru. Walau bagaimanapun telah menjadi kebiasaan, azam tinggal azam dan semangat yang membara akan sejuk sebelum masuk suku tahun tersebut.

3. Sepanjang tahun 2009, perkara yang paling mendapat perhatian adalah suasana politik negara. Tidak pernah didalam sejarah negara kita, parti pemerintah iaitu BN gagal mendapat majoriti 2/3. Bagi saya, peristiwa ini mempunyai hikmahnya sendiri. Perpaduan dikalangan parti pemerintah ketika melalui jalan sukar, sebenarnya telah mendedahkan siapa kawan dan lawan. Bak kata pepatah, kawan ketawa senang di cari, kawan menangis susah dicari.

4. Tahun 2009 akan diharungi dengan penuh cabaran, khususnya ketika ekonomi global sedang merudum. Namun begitu, saya yakin pemerintah dapat menagani masalah ini dengan bijaksana. Sebagai pentadbir di peringkat daerah, cabaran yang paling besar adalah meneruskan usaha pembasmian Miskin Tegar. Adalah dikhuatiri, ramai penduduk luar bandar akan jatuh di bawah PGK (Pendapatan Garis Kemiskinan ) iaitu RM540.00 dengan kejatuhan mendadak harga getah dipasaran.

5. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan kemakmuran, sama-sama lah kita berganding tangan dan menyumbang tenaga mengikut keupayaan masing-masing,untuk memastikan negara kita kekal aman dan makmur.

Selamat mengharungi Tahun 2009 dengan tabah dan penuh keazaman untuk memajukan diri dan negara kita.

Wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER