MAJLIS KELUARGA SAKAG KG TOROLOBOU RANAU

1. Majlis Keluarga Sakag Kg Torolobou Ranau, merupakan satu majlis pertemuan keluarga yang mempunyai asal keturunan dari Kg Torolobou. Pelaksanaan majlis tersebut dipengerusikan oleh Cikgu Sabin Masri dan ajk beliau. Di hadiri lebih kurang 200 orang, satu bilangan yang agak menurun berbanding majlis tahun-tahun lepas.Seperti tahun sebelum ini,ajlis disempurnakan perasmian oleh YB Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, yang juga merupakan anak jati Kg Tororlobou.

2. Pencapaian yang paling menarik untuk dikongsikan bersama pada tahun ini adalah kejayaan penduduk kampung yang berjaya membina janakuasa eletrik hidro yang mampu memberikan bekalan api kepada semua rumah-rumah di perkampungan tersebut. Sebagai orang kampung Tororlobou saya amat kagum dengan daya kreativiti dan sumbangan anak-anak kampung ini. Projek yang diketuai oleh En Laman Masri dengan bantuan anak-anak kampung yang berkemahiran seperti jurutera awam, tukang kimpal dan pendawaian, projek ini dapat disiapkan dengan kos separuh dikeluarkan oleh penduduk kampung dan separuh di sumbangkan oleh YB Datuk Masidi Manjun.

3. Adalah menjadi harapan kita agar kampung ini akan kekal dan berkembang maju dengan perancangan pembangunan oleh JKKK yang pada pengamatan saya begitu aktif dan bermotivasi. Moga jumpa di majlis ini 3 tahun akan datang.

Wassallam.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER