Volkswagen - Kereta Antik.




1. Minat dengan kereta antik VW ni mula berputik apabila Tn Haji Jaimin Samitah mencadangkan agar kami masuk persatuan VW Kinabalu. Tambahan pula dengan adanya cadangan Jambori VW di Ranau pada bulan November ini. Kebetulan rakan sekolah menengah di SMK Mat Salleh En Jerome Kissi sekarang ini adalah seorang mekanik dan pakar membaikpulih kereta VW, maka minat tersebut bertambah subur sehingga saya telah membeli sebuah kereta VW keluaran tahun 1970 dari beliau.

2. Sebenarnya saya pernah memandu kereta ini pada tahun 1980an milik Pacik Ahamat Gubal.Walau bagaimanapun ketika itu saya memandu kereta tersebut hanya kerana beliau tidak tahu memandu dan anak-anak beliau juga masih kecil dan belum tahu memandu ketika itu. Ketika itu saya tidak tahu langsung asal atau negara pengeluar kereta tersebut.

3. Setelah memiliki kendaraan tersebut pada bulan Ogos 2010, saya telah cuba mencari dan mengenali kendaraan tersebut melalui internet. Akhirnya saya terjumpa satu laman web yang agak menarik mengenai kereta ini http://firestatingautomobil.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett