Setahun Sebagai DO Ranau.
1. Tak sedar saya sudahpun setahun bertugas sebagai Pegawai Daerah Ranau pada 19 Ogos 2010. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu...rasanya baru beberapa bulan lepas saya meninggalkan Tenom.
2. Masih jelas dalam ingatan bahawa kami berpindah ke Ranau 2 minggu sebelum bermulanya Ramadhan. Agak kelamkabut tetapi lebih baik urusan berpindah berbanding mengurus didalam keadaan berpuasa.
3. Apa yang paling saya rindui setiap kali ramadhan di Tenom adalah program berbuka puasa dan melaksanakan sunat tarawih di surau-surau sekitar Daerah Tenom. Maklumlah masyarakat islam adalah minoriti di daerah ini, jadi surau pun tidak banyak sangatlah yang dikunjungi. Tapi yang pasti dikunjungi adalah surau kampung yang majoriti penduduknya jawa/banjar kerana ada hidangan nasi ingkong !
4. Saya akan membuat rumah terbuka hari raya pada 25 sept. ini. Mudah-mudahan ada dikalangan sahabat lama dari Tenom akan datang walaupun jemputan melalui sms sahaja.
Comments