Posts

Showing posts from September, 2010

Gambar Rumah Terbuka Raya 2010

Image

Rumah Terbuka Hari Raya 2010 pada 25 Sept.2010

Image
1. Lebih 500 orang telah berkunjung ke rymah Terbuka Hari Raya kami di kaurters Pegawai Daerah kg Sinarut Baru. Selain saudara mara dan sahabat handai di sekitar Ranau, Rumah Terbuka kami juga dikunjungi oleh rakan-rakan dari Tenom. Sebanyak 9 buah kendaraan dan sekitar 30 orang sahabat dari tenom datang berkunjung untuk tahun kedua ini. Terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung/

Menghadiri Rumah Terbuka Cikgu Saily Masry di Kg Lohan Ulu

Image
Pagi : Menghadiri Solat UPSR di Sk Kilimu untuk anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, Nor Fahimah. Tengahari: Menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Cikgu Saily Masri di Kg Lohan Ulu.

Aktiviti Raya 18.09.2010

Image
Sebelah pagi mengunjungi Rumah terbuka YB Datuk Masidi Manjun di Dewan Masyarakat dan Rumah terbuka raya Dr Othman Minudin di Kg Silou. Petang pula ke majlis khawin di Lohan.

Setahun Sebagai DO Ranau.

Image
1. Tak sedar saya sudahpun setahun bertugas sebagai Pegawai Daerah Ranau pada 19 Ogos 2010. Tidak terasa masa begitu cepat berlalu...rasanya baru beberapa bulan lepas saya meninggalkan Tenom. 2. Masih jelas dalam ingatan bahawa kami berpindah ke Ranau 2 minggu sebelum bermulanya Ramadhan. Agak kelamkabut tetapi lebih baik urusan berpindah berbanding mengurus didalam keadaan berpuasa. 3. Apa yang paling saya rindui setiap kali ramadhan di Tenom adalah program berbuka puasa dan melaksanakan sunat tarawih di surau-surau sekitar Daerah Tenom. Maklumlah masyarakat islam adalah minoriti di daerah ini, jadi surau pun tidak banyak sangatlah yang dikunjungi. Tapi yang pasti dikunjungi adalah surau kampung yang majoriti penduduknya jawa/banjar kerana ada hidangan nasi ingkong ! 4. Saya akan membuat rumah terbuka hari raya pada 25 sept. ini. Mudah-mudahan ada dikalangan sahabat lama dari Tenom akan datang walaupun jemputan melalui sms sahaja.

Volkswagen - Kereta Antik.

Image
1. Minat dengan kereta antik VW ni mula berputik apabila Tn Haji Jaimin Samitah mencadangkan agar kami masuk persatuan VW Kinabalu. Tambahan pula dengan adanya cadangan Jambori VW di Ranau pada bulan November ini. Kebetulan rakan sekolah menengah di SMK Mat Salleh En Jerome Kissi sekarang ini adalah seorang mekanik dan pakar membaikpulih kereta VW, maka minat tersebut bertambah subur sehingga saya telah membeli sebuah kereta VW keluaran tahun 1970 dari beliau. 2. Sebenarnya saya pernah memandu kereta ini pada tahun 1980an milik Pacik Ahamat Gubal.Walau bagaimanapun ketika itu saya memandu kereta tersebut hanya kerana beliau tidak tahu memandu dan anak-anak beliau juga masih kecil dan belum tahu memandu ketika itu. Ketika itu saya tidak tahu langsung asal atau negara pengeluar kereta tersebut. 3. Setelah memiliki kendaraan tersebut pada bulan Ogos 2010, saya telah cuba mencari dan mengenali kendaraan tersebut melalui internet. Akhirnya saya terjumpa satu laman web yang agak menarik meng...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Image
Mohd Fadzri dan Mohd Fahmi Norfitriani, Norfarhannah dan Norfahimah Anak-anak. Gambar Keluarga Kami sekeluarga mengucapkan Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin. Rumah Terbuka kami akan adakan pada 25 sept 20l0 / sabtu di kaurters Pegawai Daerah Ranau di Kg Sinarut Baru mulai jam 10 pagi hingga 4 petang. Semua rakan-rakan dijemput datang.