Kursus Pengrusan Kebersihan Tandas Awam



1. Jawatankuasa EAC Ranau dengan kerjasama Majlis Daerah Ranau telah mengadakan Kursus Pengurusan Tandas Awam pada 22 Disember 2009.

2. Kursus di hadiri oleh seramai 60 orang terdiri dari pekerja/ pengusaha Restoran di Pekan Ranau. Pekerja Rendah Am dari jabatan/agensi kerajaan turut menghadiri program ini.

3. Dr Lungkiam Dambul dan Dr Othman Minudin merupakan tenaga pengajar untuk bengkel/praktikal pembersihan tandas. Dr Lungkiam juga merupakan Pengerusi Penganjur program ini.

4. Kursus sehari ini telah disempurnakan perasmian oleh Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar mewakili Menterinya YB Datuk Masidi Manjun.

5. Harapan kita, melalui bengkel ini taraf kebersihan tandas bagi Restoran dan Tandas Awam, termasuk tandas jabatan-jabatan kerajaan akan dapat ditingkatkan. Sebagai daerah pelancongan, imej dan kebersihan tandas perlu dijaga untuk membolehkan pelancong dalam dan luar negara selesa mengunjungi daerah ini.

6. Pemberian gred bagi restoran di Pekan Ranau akan mengambil kira kebersihan tandas sebagai kreteria utama. Sebelum ini hanya 5 % kebersihan tandas diambil kira, tetapi selepas kursus ini diadakan, kebersihan tandas dan akan dinilai sebanyak 25 %.

7. Turut meberikan ceramah adalah Jabatan Kesihatan Daerah Ranau.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett