HARI KELUARGA SANUN YANG PERTAMA 18 -19 Dis. 2009
Gambar Generasi Pertama yang diambil sekitar awal Tahun 1950an ( mungkin antara 1953-1955 ). Dari kiri, Natiah Jakil ( Isteri Manjun Sanun+, Kamin Sanun, Manjun Sanun mendukung Masidi Manjun, Mudi Sanun, O.T. Sanun Kendungoi ( bapa ), Unah Sanun, Kasunah (isteri O.T. Sanun )
1. Agak lama saya tidak up to date laman blog ini kerana terlalu asyik dengan Face book. Walau bagaimanapun pada kali ini saya telah bertekad untuk mencatat satu perisitiwa yg sangat bersejarah bagi keluarga Sanun.
2. Hari keluarga Sanun yg disambut di Kg Torolobou Ranau, sesuai dengan sejarah asal-usul keluarga ini. Inisiatif Sdra Suhaimi Manjun yg mencetuskan idea ini sangat bersesuaian dan telah memberi impak yg begitu besar keatas hubungan silaturrahim anak cucu Aki Sanun yg semakin berkembang dan tinggal di daerah luar Ranau.
3. Sambutan agak luar biasa kerana hampir 200 orang telah menghadiri majlis ini. Cucu kepada Aki Sanun iaitu anak-anak lepada Manjun,Duraman,Mudi,Kamin,Geminah dan Unah telah hadir dimajlis ini. Sekiranya mereka masih hidup, saya yakin dan pasti mereka amat kagum dengan jumlah anak cucu mereka.
Comments