PBRS TENOM MERAJUK TIDAK DIJEMPUT ?

Saya rasa perlu menjawab artikel terdahulu, Sahabat saya En Mail Mathhew telah memperjelaskan isu tersebut melalui laman web Sabahdaily.com.

Terima kasih lah sdra Mail.

PBRS TENOM MERAJUK TIDAK DIJEMPUT?


PEGAWAI DAERAH TENOM Haji Faimin Kamin menjelaskan bahawa tidak terniat oleh beliau untuk tidak memaklumkan mahupun tidak menjemput pemimpin pemimpin PBRS semasa lawatan kerja Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Ellron Alfred Angin ke daerah ini baru baru ini.
Apa yang sebenarnya berlaku bahawa lawatan Datuk Ellron ke sini sebagai lawatan kerja atas kapasitinya sebagai Pembantu Menteri yang diundang olek JKKK Kg Pangi bagi meninjau sendiri kepincangan kemudahan infrastruktur pelancongan disini khususnya di pusat riadah White water rafting Pangi – Rayoh yang sangat memerlukan perhatian pihak kerajaan.
Manakala kehadiran saya adalah sebagai Pegawai Daerah yang tidak boleh lari dari tanggung jawab untuk mengiringi beliau semasa dalam lawatan kerjanya itu. Bagaimana pun kehadiran lain lain pemimpin parti komponen BN ketika itu secara spontan sahaja, dan untuk itu saya amat mengalu alukan kehadiran mereka.
Walau bagaimana pun, pihak kami boleh mengatur perjumpaan dengan pemimpin pemimpin PBRS dan BN sekiranya Datuk Ellron atau pihak yang menjemput ada memaklumkan pihak urusetia disini untuk tujuan itu, malangnya semua jadual lawatan itu diatur oleh JKKK terbabit.
Selaku Pegawai Daerah yang bertanggung jawab dengan pentadbiran disini, saya menyifatkan kejadian tersebut sebagai kesilapan teknikal dan kami memohon maaf diatas kejadian tersebut dan berharap tidak akan berpanjangan.

HAJI FAIMIN KAMIN.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett