KOMPONEN BN TENOM BERTELAGAH ?

Adalah menjadi lumrah, setiap kali kita melaksanakan tugas, ada sahaja rungutan ataupun isu yang cuba ditimbulkan oleh " pemain politik " tempatan seperti mana artikel dibawah yang ditulis oleh "politikus tempatan " yang terlalu ghairah menonjolkan diri. Artikel ini dipetik dari laman web Sabahkini.net yang merupakan gelanggang utama untuk menghentam ahli politik dan pegawai kerajaan. Kita terima ini sebagai lumrah ahli parti pembangkang, kerana hanya Allah jua lah yang maha mengetahui apa yang tersirat dihati manusia.


KOMPONEN BN TENOM BERTELAGAH?

Written by Admin
Sunday, 19 July 2009 00:06

OLEH: HJ.WAHAB TIMPAI.
PEGAWAI Daerah Tenom, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Daerah, Hj. Faimin Kamin perlu memperjelaskan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kawasan Melalap yang tidak diberi tahu kunjungan Pembantau Menteri Pelancongan, yang juga merengkap Timbalan Presiden PBRS YB. Datuk Aliron Angin, sedangkan pemimpin parti komponen yang lain seperti Umno,UPKO,GERAKAN, dan MCA ada mengetahui lawatan Pembantu Menteri itu.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) disandang oleh mantan wakil rakyat Melalap Datuk Kadoh Agundong, memberi tahu wartawan Sabahkini.net mengesahkan beliau tidak diberitahu oleh Pejabat Daerah dalam lawatan Pembantu Menteri Pelancongan itu di Tenom.Kadoh yang juga Naib Presiden PBRS bagaimanapun, hanya mahukan segala kelemahan itu diperbetulkan dan tidak berulang lagi.Sementara itu, Ketua Wanita PBRS Melalap, Fatimah Ibrahim mahukan Ketua Bahagian PBRS Melalap Datuk Kadoh Agundong meminta penjelasan mengenai perkara yang berlaku itu untuk mengelakkan salah tafsiran para pemimpin pusat itu kepada PBRS Melalap apa yang berlaku.Fatimah yang juga selaku Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merasa kecewa apa yang berlaku, kerana sedangkan pemimpin komponen yang lain dapat mengiringi lawatan Pembantu Menteri itu.Manakala beberapa ahli Parti itu menyifatkan perkara sedemikian membelakangkan kepimpinan Datuk Kadoh Agundong dan kalaulah ini cara penjawat awam ternyata mencenggah apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, yang mahu rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam 1 Malaysia.Ramai ahli PBRS berpendapat bahawa setiap kehadiran Menteri dan Pembentau Menteri sewajarnyalah protokol jujur kepada semua parti komponen dan jangan main pilih-pilih langsat, nanti terpilih yang mentah.







Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett