MUSIM MAJLIS KHAWIN

1. Seperti biasa, apabila musim cuti sekolah tiba, maka jemputan majlis perkhawinan akan datang dengan banyaknya. Sudah pasti kita tidak dapat memenuhi semua undangan ini yang dibuat pada hari sabtu atau ahad.

2. Hari sabtu lepas, bekas rakan sekerja, jiran dan ada hubungan saudara sebelah isteri telah mengadakan majlis perkhawinan anak perempuan di Kompleks Sukan Likas yang turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang anggota kabinet negeri dan ahli-ahli yang berhormat.

3. Bagi saya perkhawinan Nurnadia Bt Mahmood dan Mohd Sharol Shairu sangat istimewa, bukan kerana kehadiran VVIP didalam majlis ini tetapi kedua-dua ibu bapa pengantin adalah bekas rakan sekerja saya dan isteri di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan ( Sekarang Kem. Belia dan Sukan ) sekitar tahun 80an sehingga 90an. En Mahmood Kalong Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah ketika itu Penolong Pengelola Sukan. Manakala ibu kepada pengantin lelaki, Puan rainah Tanjil adalah telefonis sehingga kini.

4. Ketika majlis perkhawinan tersebut saya baru menyedari betapa masa begitu cepat berlalu. Anak-anak telah membesar dan kini telah berumah tangga. Saya sendiri melihat anak-anak saya tanpa disedari telah membesar, mula meninggalkan sekolah menengah dan memasuki instiut pengajian. Dan sudah pasti, akan tiba masa untuk mereka berumah tangga. Sedar tak sedar jika diberi umur yang panjang oleh Allah SWT, alam persaraan pula sudah menunggu diambang pintunya.

5. Keesokan harinya kami memenuhi undangan dari sanak saudara di Kg Torolobou Baru Sook, anak kepada pakcik Sahibin Amat. Walaupun agak jauh dan jalan raya kurang baik, tetapi atas dasar memelihara hubungan keluarga, sudah pasti kami akan datang. Kesempatan ini juga saya ambil untuk bertemu sanak saudara yang berasal dari Kg Torolobou Ranau dan telah berhijrah disini pada sekitar tahun 1972. Menjelang petang kami mohon permisi pulang...seperti biasa, sdra Moin Sahibin telah menyediakan ole ole spesial.....kaki dan ekor kerbau untuk dibuat sup spesial.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett