BOLA SEPAK MALAYSIA

1. Dengan prestasi yang ditunjukkan skuad negara masa kini, pasti tidak ramai yang terkejut dengan kemerosotan ranking bola sepak negara yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).Jika sebelum ini, ramai yang mengeluh melihat angka ranking 158 yang dihuni pasukan negara, kali ini ia jatuh dua anak tangga lagi untuk berada di 161, rangking terendah kedua pernah diduduki oleh skuad negara.Paling buruk, Malaysia pernah berada di ranking ke-170 pada April 2008 manakala yang terbaik, berada di tangga ke-75 pada Ogos 1993 yang ketika itu dikemudi oleh Ken Worden yang kini selesa melatih skuad Terengganu. ( Utusan Malaysia 14.02.09)

2. Menurut laman web FIFA, Malaysia mengumpulkan 104 mata pada Februari, kurang 10 mata daripada senarai bulan lepas, dan hanya sembilan kedudukan lebih baik daripada kedudukan terendah iaitu tempat ke-170 pada April tahun lepas. Hanya 16 negara yang kedudukan mereka jatuh dalam ranking FIFA yang melibatkan 201 negara. Sejak dua tahun lepas, pada 2007 dan 2008, kedudukan terbaik Malaysia adalah ranking ke-151 pada Oktober 2008 selepas muncul naib juara pada kejohanan Pestabola Merdeka.

3. Di kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia kekal di tempat keenam di belakang Thailand (117), Singapura (131), Vietnam (135), Indonesia (137) dan Myanmar (158).Filipina pada kedudukan ke-164, Laos (171), Kemboja (179) dan Brunei (183).Dalam ranking Asia, Malaysia jatuh satu kedudukan dalam ranking Februari selepas berada pada kedudukan ke-29 bulan lepas.

4. Mungkin agak pelik juga apabila setiap kali skuad negara gagal, jurulatih dan pengurus pasukan akan di pecat. Saya yakin puncanya bukanlah kerana jurulatih semata-mata tetapi material yang ada tidak mencapai tahap kualiti yang diperlukan. Perbandingan mudah yang boleh dibuat adalah membandingkan seekor Kuda Padi Kota Belud ( pony ) berentap di litar lumba kuda dengan seekor kuda lumba dari England ( horse ). Tidak perlulah tanya apa keputusan perlumbaannya. Orang Sabah bilang TATAP KALAH punya. Saya lebih yakin dan percaya, pembangunan bola sepak perlu dirancang dari peringkat umur sebagaimana negara atau kelab ternama dunia amalkan.

5. Peneraju FAM harus berfikiran terbuka dan sanggup menerima saran dan kritik. Sepertikata bekas jurulatih Skuad Malaysia, B Sathianathan, Liga Malaysia bukan bolasepak......jadi renenug-renungkan lah.

Comments

Popular posts from this blog

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

FAREWELL WS RENDRA, POET, PLAYWRIGHT AND FATHER OF INDONESIAN THEATER

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett