Posts

Showing posts from 2009

Kalender Terakhir Tahun 2009

Image
Idea untuk mengambil gambar ini timbul selepas melihat helaian terakhir kalender ini hampir jatuh......bagi saya memberi gambaran hari-hari terakhir di tahun 20o9.

28.12.2009

Image
28.12.09 - Hari paling sibuk, pagi mesyuarat j/kuasa perancang bandar, tengahari majlis Hari Natal di Kg Toboh Baru dan petang Mesyuarat Penuh Majlis Daerah.

Disember 2009

Image
Topi Jawa...ole-ole dari Indonesia hadiah dari Pacik Yuman 1. Setelah agak lama bercuti sejak 23 hb dis, hari ini kembali ke pejabat. Juka diikutkan hati, hujung tahun begini memang mau bercuti sehingga 31.12.09. Walau bagaimanapun disebabkan tugasan yang banyak, maka terpaksa juga tugas pejabat di beri keutamaan. 2. Menjadi kelaziman, setiap hujung tahun, banyak aktiviti luaran yang kita lakukan atau terlibat secara tidak langsung. Kelmari dulu setelah mengurus penerbangan balik ke sekolah anak, balik ke Ranau dan terus sahaja menghadiri majlis perkhawinan anak kepada sdra Matlan Gamalie, iaitu en Johari. Kelmarin pula menghadiri perkhawinan anak perempuan pasangan en Mansius @ Masnawi Miun dan Rosnati Abd Rahim di kg Kilimu. Malamnya pula menghadiri Majlis ambutan hari krismas di rumah En Ombin Mining di kg kiaburi. 3. Setelah menghadiri majlis di rumah En Ombin, bergegas pula ke rumah pacik Hj Yuman untuk menghadiri kenduri kesyukuran anak beliau yang telah menghabiskan pengajian s...

Hantar Anak Balik Belajar ke UiTM Penang

Image
25.12.09 - awal pagi lke airport menghantar anak sulong balik belajar ke P Pinang. Spt biasa, semua ahli keluarga menghatar ke airport, penerbangan jam 7.15 pagi.

Kursus Pengrusan Kebersihan Tandas Awam

Image
1. Jawatankuasa EAC Ranau dengan kerjasama Majlis Daerah Ranau telah mengadakan Kursus Pengurusan Tandas Awam pada 22 Disember 2009. 2. Kursus di hadiri oleh seramai 60 orang terdiri dari pekerja/ pengusaha Restoran di Pekan Ranau. Pekerja Rendah Am dari jabatan/agensi kerajaan turut menghadiri program ini. 3. Dr Lungkiam Dambul dan Dr Othman Minudin merupakan tenaga pengajar untuk bengkel/praktikal pembersihan tandas. Dr Lungkiam juga merupakan Pengerusi Penganjur program ini. 4. Kursus sehari ini telah disempurnakan perasmian oleh Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar mewakili Menterinya YB Datuk Masidi Manjun. 5. Harapan kita, melalui bengkel ini taraf kebersihan tandas bagi Restoran dan Tandas Awam, termasuk tandas jabatan-jabatan kerajaan akan dapat ditingkatkan. Sebagai daerah pelancongan, imej dan kebersihan tandas perlu dijaga untuk membolehkan pelancong dalam dan luar negara selesa mengunjungi daerah ini. 6. Pemberian g...

HARI KELUARGA SANUN YANG PERTAMA 18 -19 Dis. 2009

Image
Gambar Generasi Pertama yang diambil sekitar awal Tahun 1950an ( mungkin antara 1953-1955 ). Dari kiri, Natiah Jakil ( Isteri Manjun Sanun+, Kamin Sanun, Manjun Sanun mendukung Masidi Manjun, Mudi Sanun, O.T. Sanun Kendungoi ( bapa ), Unah Sanun, Kasunah (isteri O.T. Sanun ) 1. Agak lama saya tidak up to date laman blog ini kerana terlalu asyik dengan Face book. Walau bagaimanapun pada kali ini saya telah bertekad untuk mencatat satu perisitiwa yg sangat bersejarah bagi keluarga Sanun. 2. Hari keluarga Sanun yg disambut di Kg Torolobou Ranau, sesuai dengan sejarah asal-usul keluarga ini. Inisiatif Sdra Suhaimi Manjun yg mencetuskan idea ini sangat bersesuaian dan telah memberi impak yg begitu besar keatas hubungan silaturrahim anak cucu Aki Sanun yg semakin berkembang dan tinggal di daerah luar Ranau. 3. Sambutan agak luar biasa kerana hampir 200 orang telah menghadiri majlis ini. Cucu kepada Aki Sanun iaitu anak-anak lepada Manjun,Duraman,Mudi,Kamin,Geminah dan Unah telah hadir dima...

PESTA DURIAN RANAU 24 - 25 OKTOBER 2009

Image
Pesta Durian yang diadakan pada 24 - 25 Oktober 2006 adalah julung kali diadakan walaupun idea mengadakan pesta ini telah ditimbulkan sejak beberapa lama. Kejayaan pelaksanaan pesta ini yg di biyai oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk NGO seperti Persatuan Penanam Buah-buahan Ranau sangat bermakna bagi saya kerana pesta ini merupakan program pertama selepas mengambil jawatan Pegawai Daerah Ranau sejak dua bulan lepas. Sambutan penjual dan peminat durian dari luar daerah diluar jangkaan. Angka tidak rasmi pengunjung seramai 7 ribu orang dan urusniaga dianggarkan lebih RM 50 ribu. Aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah Pertandingan Makan Durian, Pertandingan Makan Manggis dan Bayar RM10 makan sepuas hati. Kejayaan pesta ini telah mendapat pujian dari Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar merangkap ADUN Karanaan. Beliau telah mengumumkan acara ini akan diadakan sebagai acara tahunan. Te...

Kunjungan Hormat Oleh Pegawai Perhutanan Daerah Ranau

20.10.09 Kunjungan Hormat oleh DFO ( Pegawai Perhutanan Daerah ) yang beru, En Mohd Razali Muhammad. Beliau berasal dari Kg Bongawan Papar dan berkhawin dengan orang Ranau. Selamat bertugas kepada DFO baru kita......

Hari Raya KPLB Sabah

Image
19 Okt 2009 - Selepas menghadiri Taklimat Garis Panduan Pertama Penyediaan RMk 10 di Maggellan pagi tadi, sebelah petang menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Kem Pembangunan Luar Bandar Sabah di sebelah petang. Sempat ambil gambar bersama YB Datuk Sairin Karno, Pem...bantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah dan En Suhaili Riman, KPSU Kem Kewangan Negeri. Read More

Menghadiri Majlis Aidil fitri kelas Tarbiyah Ranau pada 11 Okt 2009

Image
11 Okt 2009 - menghadiri majlis Hari Raya Aidilfitri oleh Kelas Tarbiyah Ranau di Sekolah Agama Ranau. Bangga didalam hati melihat ramai dikalangan rakan, pacik dan makcik yang menhghadiri kelas agama untuk mempertingkatkan ilmu agama. Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya.

Mesyuarat Pesta Durian Ranau

Image
Pada 10 Okt 09, satu mesyuarat mengadakan pesta durian di Ranau telah dilaksanakan. Pesta ini pertama kali diadakan setelah ditimbulkan sejak beberapa tahun dulu.

Menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Ranau

Image
Bersama CP Sabah dan OCPD Ranau Gambar kumpulan Orkes bambu 1. Selepas mesyuarat berakhir di Majlis Daerah Ranau, lebih kurang jam 11.45 pagi, saya bersama Pegawai Eksekutif MDR dan Ahli Majlis Daerah, Tn Hj Jaimin Samitah telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri di Dewan Serba Guna Balai Polis Ranau yang dianjurkan oleh IPD Ranau. 2. Tetamu Kehormat adalah Ketua Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim. Turut serta pegawai kanan Polis dari ibu negeri dan OCPD Ranau. 3. Orkes Bambu Kinabalu Merdu Sound telah menghiburkan lebih 200 orang tetamu yang turut hadir.

Kunjungan Rakan Tenom Radio Club (TRC)

Image
1. Seramai 25 orang ahli TRC ( Tenom Radio Club ) telah berkunjung ke Rumah Saya pada 4 Okt 2009. Walaupun Rumah Terbuka Hari Raya telah dibuat pada 3 Okt 09, tetapi saya dan keluarga telah membuat Raya Terbuka Khas untuk rakan-rakan dari Tenom. 2. Rombongan diketuai oleh Tuan Hj Ahmad Ismail bersama-sama beberapa rakan. Ramai dikalangan mereka datang dengan membawa anak dan isteri masing-masing. 3. Sebanyak 6 buah kendaraan dan 4 buah motosikal telah digunakan oleh rakan-rakan TRC. Terima kasih kerana masih sudi mengunjungi saya di Ranau, walaupun jaraknya hampir 200 km. Tambahan lagi mereka terlibat dengan aktiviti komuniti bistari di Kg Chinta Mata Tenom yang sudah pasti amat meletihkan mereka. 4. Terima kasih sekali lagi, moga ikatan persahabatan dan silaturrahim kita akan tetap berkekalan sehingga akhir hayat.

Bertemu dengan Ustaz Nazrey Johani ex Vokalis Kumpulan Nasyid Raihan

Image
1. Selepas Mesyuarat Pesta Kobis di Hotel PERKASA Kundasang pada 1 Okt 09, beberapa org ahli mesyuarat telah membuat pemeriksaan tapak pesta di Pekan Kundasang. Selepas pemeriksaan, Pengerusi Jawatankuasa Bersama Pesta Kobis, En Suatin Mayor mempelawa kami untuk minum di sebuah Restoran. 2. Ketika kami memasuki restoran tersebut, kami teleh terserempak dengan Ustaz Nazery Johani, bekas vokalis kumpulan nasyid Raihan sedang mempromosikan minyak TITAN POWER MOTOR OIL. Rupanya beliau telah menjadi usahawan dengan menjadi Pengarah Duta minyak tersebut. 3. Beliau telah memberikan taklimat mengenai kelebihan minyak tersebut. Kelebihan minya TPMO ini, ianya merupakan minyak sintatik yang boleh bertahan sehingga pemanduan 15 ribu km, berbanding minyak biasa 5 ribu km. 4. Mari kita sokong dengan membeli produk yang baik ini, tambahan pula setiap pembelian rm10 akan didermakan kepada pembinaan tahfiz di Ranau oleh ustaz Nazrey. 5. Tahniah kepada anak jati Ranau ini yang telah berjaya sebagai art...

RUMAH TERBUKA HARI RAYA 2009

Image
YB Datuk Masidi dan ex KAN Muji Sabalat ADO Premus Takom dan Chiew @ Ahpit Bersama Pelajar UMS 1. Tahun pertama mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya di Ranau sebagai Pegawai Daerah. Tidak disangka ramai sahabat handai dan saudara mara telah datang berkunjung. Dianggarkan lebih 500 orang telah datang berkunjung. 2. Selain dari kehadiran Datuk Masidi Manjun dan Tan Sri Ghanie Gilong, kakitangan kerajaan dan staf Pejabat Daerah Ranau, beberapa orang rakan dari Tenom telah datang beraya. Antaranya ADO Premus, Chiew @ Apit, Jubin bersama isteri dan anak-anak, Parker Chong, Yas, Rosli dan anak serta en Sinin Gambaris. Begitu juga dengan kehadiran pelajar-pelajar UMS yang telah turut serta datang beraya.

Kunjungan Hormat Setiausaha Agung USIA

Image
Datuk Abdullah ( tengah ) sedang menyerahkan risalah USIA 1. Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussien bersama Setiausaha Kerjanya telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Ranau pada 29.09.09 bersama Setiausaha Kerja USIA. 2. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aktiviti USIA bahagian Ranau.

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Image
1. Sempena cuti hari raya, kemarin saya dan anak-anak berkesempatan melawat kebun buah-buahan yang kurang terurus kerana lama ditinggalkan ketika bertugas diluar daerah. Kebetulan pokok tarap sedang berbuah dengan lebatnya. Banyak buah masak yang gugur dengan sendirinya kerana tiada kesempatan untuk memetiknya. Tiba-tiba saya teringat akan buah tarap yang dijual di tepi jalan lama KK - Papar. Saya pernah bertanya harga buah tarap tersebut dan alangkah "terperanjat" apabila sebiji dijual sehingga RM6, malah buah yang bersaiz besar dijual sehingga RM8. 2. Saya terfikir bahawa zaman ini bukan lagi seperti zaman 70an atau 80an dahulu, dimana buah tarap tidak setaraf dengan buah-buahan lain seperti buah durian dipasaran. Buah ini bukan lagi dianggap sebagai makanan "pilihan terakhir" tetapi kini merupakan buah yang dicari orang. Tidak perlu ditunggu sehingga buahnya masak kerana buah muda memang enak untuk dibuat sayur, apalagi jika dimasak dengan santan & ikan masin...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Image
Saya dan keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara dan sahabat handai di seluruh negeri khususnya di Ranau, Weston dan Tenom.

Sebulan Sebagai DO Ranau

1. Hari ini, 15 sept. tepat 30 hari saya bertugas di Daerah Ranau. Mungkin disebabkan kebetulan seminggu selepas bertukar ke Ranau, Ramadhan bermula, maka tidak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. Seperti biasa tugasan di pejabat hanya sibuk dengan melayan pelanggan. Masalah utama tidak jauh berbeza dengan keadaan ketika saya menjadi ADO Pentadbiran disini pada tahun 1995 - 2001. Cuma sekarang ini ADO Bernard Kimin selaku ADO(A) ada membantu. 2. Masih ramai kawan/sahabat handai dari Tenom menghantar sms dan e mail. Ada juga dikalangan mereka yang buat panggilan. Malah pada 5 september kawan rapat dari Tenom, Sdr Jasnie Ismail @Joe , Mat Judin Naspin, Jubin Kinsil dan Roger Tan datang ke Ranau. 3. Persahabatan yang rapat dengan orang-orang Tenom membuat kami bercadang buat open house raya khusus untuk rakan-rakan di Tenom.

Petikan dari laman www.sabahkini.net mengenai pertukaran ke Ranau

Image
1. Terima kasih diatas tulisan En Mail Mathew, seorang pemberita yang sangat aktif dan kritikal didalam tulisan-tulisan berita beliau samada di akhbar Daily Express ataupun di laman internet. Berikut adalah tulisan beliau yang saya perik di Sabah.net Oleh: MAIL MATHEW PEGAWAI Daerah Tenom yang akan bertukar ke Pejabat Daerah Ranau berkuatkuasa serta merta, Haji Faimin Kamin bersyukur kerana selama perkhidmatannya di Tenom hampir lima tahun lalu telah berjaya melaksanakan tanggung jawab meskipun beliau terpaksa mengharungi saat-saat getir yang mencemaskan seperti bencana alam banjir yang terburuk sekali berlaku di sini dan tragedi keretapi terjunam ke sungai Padas. Walaubagaimana pun katanya, dalam menghadapi saat-saat getir itu tidak lagi menjadi tugas berat yang tersandar dibahunya kerana para ahli jawatankuasa bencana alam daerah yang senantiasa membantunya menjadikan tugas dan tanggung jawab itu menjadi ringan.Beliau berkata demikian dalam satu majlis ringkas serah-menyerah tugas se...

Berangkat Ke Ranau

1. 15 Ogos 2009. Bangun awal untu berkemas balik. Anak-anak mandi awal, mata nana masih mengantuk. Jam 7.00 pagi dijadualkan bertolak. Perlu bertolak awal kerana lori yang sama akan digunakan untuk menganggkut barang sdra Siriman ke Tenom. 2. Bertolak jam 7.20 pagi. Sdra Joe pandu kereta frontier kerana En Mat Judin dan Jubin tak dapat turut serta disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Singgah sarapan di Bayangan Cafe. Sampai di Ranau lebih kurang jam 11 pagi. 3. Selepas makan tengah hari, ada doa selamat diatur oleh pacik Haji Yuman dan isteri, rakan yang menghantar kami sdra joe, Ken dan Chiew @ Apit balik ke Tenom lebih kurang jam 2 petang. 4. Terima kasih kepada Ken, adiknya Ah Siong dan Apit kerana bantu mengangkut barang kami dengan lori.

Serah Tugas Sebagai Pegawai Daerah Tenom

Image
1. Setelah majlis serah tugas di Ranau, hari ini 13 Ogos 2008, saya pula telah menyerahkan tugas Pegawai Daerah dan Pengerusi Majlis Daerah kepa En Siriman Basir.

TERIMA TUGAS SEBAGAI PEGAWAI DAERAH RANAU

Image
1. Bertolak dari Tenom jam 7.30 pagi bersama jubin dan jasni @ joe Lebih kurang jam 10.30 sampai di Pejabat Daerah Ranau. Terus berjumpa dengan Pegawai Daerah En Siriman Basir. 2. Acara dilaksanakan di Bilik mesyuarat dan dihadiri oleh kakitangan kerajaan yang berpejabat di Bangunan Urusetia. 3. Jam 2.30 petang majlis serah tugas selaku Pengerusi Majlis Dearah di Dewan Masyarakat Ranau. 4. Jam 3.00 petang berangkat balik ke Tenom.

LAPOR DIRI- TERIMA TUGAS PEGAWAI DAERAH RANAU

1. Hari ini 12 Ogos 2009, bangun awal untuk bersiap-siap. Pagi ini saya ke Pejabat Daerah Ranau untuk majlis SERAH-TERIMA tugas sebagai Pegawai Daerah diantara saya dengan En Siriman Basir, Pegawai Daerah Ranau. Esok majlis yang sama di Pejabat Daerah Tenom akan berlaku majlis yang sama. 2. Selain En Jubin Kinsil yang akan memandu kendaraan ke Ranau, En Jasni Joe Ismail dan En Mat Judin Napsin bercadang untuk ikut sama. Kawan saya En Parker Chong pada mulanya hendak ikut sama tetapi di saat akhir ada tugasan lain dan beliau tak dapat ikut sama. 3. Saya bagi tau En Jubin ketika kami dalam perjalanan balik dari KK ke Tenom kemarin, rasanya esok ke Ranau macam menghadiri mesyuarat saja kerana saya tidak begitu ghairah pindah ke Ranau. Mungkin kerana telah terbiasa dan ramai rakan-rakan di Tenom.

Info Bistari Kg Pulong - Acara Terakhir Di Kawasan Kampung.

Image
1. Info Bistari Kg Pulong merupakan acara terakhir saya bagi program di kawasan kampung. Selaku Pegawai Daerah, saya juga diamanahkan sebagai Penyalaras Komuniti Bistari Daerah Tenom. 2. Bagi saya acara pada 1 Ogos ini nerupakan satu peristiwa yang sangat istimewa. Ketika saya akan bertukar dari Daerah Kecil Kemabong, selaku Penolong Pegawai Daerah, acara terakhir saya adalah di Kg Pulong iaitu Pertandingan Desa Cemerlang . Ironinya ketika saya bertukar ke Daerah Ranau, acara terakhir saya juga di Kg Pulong ini. 3. Terima kasih kepada sahabat saya YB Raime Unggi yang sudi datang menyempurnakan perasmian. Begitu juga dengan rakan-rakan jawatankuasa, khususnya En Ag Mamun Ag Saman, Pegawai Penerangan Daerah, En Juarib Ebin Pengerusi Komuniti Bistari Kg Pulong, Tuan Haji Ahmad Ismail, Pengerusi Komuntiti Bistari Kg Chinta Mata dan semua ahli komuniti Bistari Daerah Tenom. 4. Ucapan penghargaan dari YB Raime, En Ag Mamun dan En Juarib sangat menyentuh hati saya. Diakhir ucapan saya telah ...