Posts

Kunjungan Hormat Setiausaha Agung USIA

Image
Datuk Abdullah ( tengah ) sedang menyerahkan risalah USIA 1. Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussien bersama Setiausaha Kerjanya telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Ranau pada 29.09.09 bersama Setiausaha Kerja USIA. 2. Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk aktiviti USIA bahagian Ranau.

Daun Tarap Daun Timadang, Saya Harap Jangan Meradang

Image
1. Sempena cuti hari raya, kemarin saya dan anak-anak berkesempatan melawat kebun buah-buahan yang kurang terurus kerana lama ditinggalkan ketika bertugas diluar daerah. Kebetulan pokok tarap sedang berbuah dengan lebatnya. Banyak buah masak yang gugur dengan sendirinya kerana tiada kesempatan untuk memetiknya. Tiba-tiba saya teringat akan buah tarap yang dijual di tepi jalan lama KK - Papar. Saya pernah bertanya harga buah tarap tersebut dan alangkah "terperanjat" apabila sebiji dijual sehingga RM6, malah buah yang bersaiz besar dijual sehingga RM8. 2. Saya terfikir bahawa zaman ini bukan lagi seperti zaman 70an atau 80an dahulu, dimana buah tarap tidak setaraf dengan buah-buahan lain seperti buah durian dipasaran. Buah ini bukan lagi dianggap sebagai makanan "pilihan terakhir" tetapi kini merupakan buah yang dicari orang. Tidak perlu ditunggu sehingga buahnya masak kerana buah muda memang enak untuk dibuat sayur, apalagi jika dimasak dengan santan & ikan masin...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009

Image
Saya dan keluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara dan sahabat handai di seluruh negeri khususnya di Ranau, Weston dan Tenom.

Sebulan Sebagai DO Ranau

1. Hari ini, 15 sept. tepat 30 hari saya bertugas di Daerah Ranau. Mungkin disebabkan kebetulan seminggu selepas bertukar ke Ranau, Ramadhan bermula, maka tidak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. Seperti biasa tugasan di pejabat hanya sibuk dengan melayan pelanggan. Masalah utama tidak jauh berbeza dengan keadaan ketika saya menjadi ADO Pentadbiran disini pada tahun 1995 - 2001. Cuma sekarang ini ADO Bernard Kimin selaku ADO(A) ada membantu. 2. Masih ramai kawan/sahabat handai dari Tenom menghantar sms dan e mail. Ada juga dikalangan mereka yang buat panggilan. Malah pada 5 september kawan rapat dari Tenom, Sdr Jasnie Ismail @Joe , Mat Judin Naspin, Jubin Kinsil dan Roger Tan datang ke Ranau. 3. Persahabatan yang rapat dengan orang-orang Tenom membuat kami bercadang buat open house raya khusus untuk rakan-rakan di Tenom.

Petikan dari laman www.sabahkini.net mengenai pertukaran ke Ranau

Image
1. Terima kasih diatas tulisan En Mail Mathew, seorang pemberita yang sangat aktif dan kritikal didalam tulisan-tulisan berita beliau samada di akhbar Daily Express ataupun di laman internet. Berikut adalah tulisan beliau yang saya perik di Sabah.net Oleh: MAIL MATHEW PEGAWAI Daerah Tenom yang akan bertukar ke Pejabat Daerah Ranau berkuatkuasa serta merta, Haji Faimin Kamin bersyukur kerana selama perkhidmatannya di Tenom hampir lima tahun lalu telah berjaya melaksanakan tanggung jawab meskipun beliau terpaksa mengharungi saat-saat getir yang mencemaskan seperti bencana alam banjir yang terburuk sekali berlaku di sini dan tragedi keretapi terjunam ke sungai Padas. Walaubagaimana pun katanya, dalam menghadapi saat-saat getir itu tidak lagi menjadi tugas berat yang tersandar dibahunya kerana para ahli jawatankuasa bencana alam daerah yang senantiasa membantunya menjadikan tugas dan tanggung jawab itu menjadi ringan.Beliau berkata demikian dalam satu majlis ringkas serah-menyerah tugas se...

Berangkat Ke Ranau

1. 15 Ogos 2009. Bangun awal untu berkemas balik. Anak-anak mandi awal, mata nana masih mengantuk. Jam 7.00 pagi dijadualkan bertolak. Perlu bertolak awal kerana lori yang sama akan digunakan untuk menganggkut barang sdra Siriman ke Tenom. 2. Bertolak jam 7.20 pagi. Sdra Joe pandu kereta frontier kerana En Mat Judin dan Jubin tak dapat turut serta disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Singgah sarapan di Bayangan Cafe. Sampai di Ranau lebih kurang jam 11 pagi. 3. Selepas makan tengah hari, ada doa selamat diatur oleh pacik Haji Yuman dan isteri, rakan yang menghantar kami sdra joe, Ken dan Chiew @ Apit balik ke Tenom lebih kurang jam 2 petang. 4. Terima kasih kepada Ken, adiknya Ah Siong dan Apit kerana bantu mengangkut barang kami dengan lori.

Serah Tugas Sebagai Pegawai Daerah Tenom

Image
1. Setelah majlis serah tugas di Ranau, hari ini 13 Ogos 2008, saya pula telah menyerahkan tugas Pegawai Daerah dan Pengerusi Majlis Daerah kepa En Siriman Basir.