1. Hari ini, 15 sept. tepat 30 hari saya bertugas di Daerah Ranau. Mungkin disebabkan kebetulan seminggu selepas bertukar ke Ranau, Ramadhan bermula, maka tidak banyak aktiviti luar yang dapat dilakukan. Seperti biasa tugasan di pejabat hanya sibuk dengan melayan pelanggan. Masalah utama tidak jauh berbeza dengan keadaan ketika saya menjadi ADO Pentadbiran disini pada tahun 1995 - 2001. Cuma sekarang ini ADO Bernard Kimin selaku ADO(A) ada membantu. 2. Masih ramai kawan/sahabat handai dari Tenom menghantar sms dan e mail. Ada juga dikalangan mereka yang buat panggilan. Malah pada 5 september kawan rapat dari Tenom, Sdr Jasnie Ismail @Joe , Mat Judin Naspin, Jubin Kinsil dan Roger Tan datang ke Ranau. 3. Persahabatan yang rapat dengan orang-orang Tenom membuat kami bercadang buat open house raya khusus untuk rakan-rakan di Tenom.