SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009
1. Tahun Baru 2009 agak istimewa kerana ianya disambut hampir serentak dengan Tahun Baru Kalender Islam dimana Awal Muharram jatuh pada 29 Disember 2008, 2 hari sebelum 1 Januari 2009. 2. Seperti biasa, tahun baru azam pun baru. Walau bagaimanapun telah menjadi kebiasaan, azam tinggal azam dan semangat yang membara akan sejuk sebelum masuk suku tahun tersebut. 3. Sepanjang tahun 2009, perkara yang paling mendapat perhatian adalah suasana politik negara. Tidak pernah didalam sejarah negara kita, parti pemerintah iaitu BN gagal mendapat majoriti 2/3. Bagi saya, peristiwa ini mempunyai hikmahnya sendiri. Perpaduan dikalangan parti pemerintah ketika melalui jalan sukar, sebenarnya telah mendedahkan siapa kawan dan lawan. Bak kata pepatah, kawan ketawa senang di cari, kawan menangis susah dicari. 4. Tahun 2009 akan diharungi dengan penuh cabaran, khususnya ketika ekonomi global sedang merudum. Namun begitu, saya yakin pemerintah dapat menagani masalah ini dengan bijaksana. Sebagai pentadbir...