Posts

Showing posts from December, 2009

Kalender Terakhir Tahun 2009

Image
Idea untuk mengambil gambar ini timbul selepas melihat helaian terakhir kalender ini hampir jatuh......bagi saya memberi gambaran hari-hari terakhir di tahun 20o9.

28.12.2009

Image
28.12.09 - Hari paling sibuk, pagi mesyuarat j/kuasa perancang bandar, tengahari majlis Hari Natal di Kg Toboh Baru dan petang Mesyuarat Penuh Majlis Daerah.

Disember 2009

Image
Topi Jawa...ole-ole dari Indonesia hadiah dari Pacik Yuman 1. Setelah agak lama bercuti sejak 23 hb dis, hari ini kembali ke pejabat. Juka diikutkan hati, hujung tahun begini memang mau bercuti sehingga 31.12.09. Walau bagaimanapun disebabkan tugasan yang banyak, maka terpaksa juga tugas pejabat di beri keutamaan. 2. Menjadi kelaziman, setiap hujung tahun, banyak aktiviti luaran yang kita lakukan atau terlibat secara tidak langsung. Kelmari dulu setelah mengurus penerbangan balik ke sekolah anak, balik ke Ranau dan terus sahaja menghadiri majlis perkhawinan anak kepada sdra Matlan Gamalie, iaitu en Johari. Kelmarin pula menghadiri perkhawinan anak perempuan pasangan en Mansius @ Masnawi Miun dan Rosnati Abd Rahim di kg Kilimu. Malamnya pula menghadiri Majlis ambutan hari krismas di rumah En Ombin Mining di kg kiaburi. 3. Setelah menghadiri majlis di rumah En Ombin, bergegas pula ke rumah pacik Hj Yuman untuk menghadiri kenduri kesyukuran anak beliau yang telah menghabiskan pengajian s

Hantar Anak Balik Belajar ke UiTM Penang

Image
25.12.09 - awal pagi lke airport menghantar anak sulong balik belajar ke P Pinang. Spt biasa, semua ahli keluarga menghatar ke airport, penerbangan jam 7.15 pagi.

Kursus Pengrusan Kebersihan Tandas Awam

Image
1. Jawatankuasa EAC Ranau dengan kerjasama Majlis Daerah Ranau telah mengadakan Kursus Pengurusan Tandas Awam pada 22 Disember 2009. 2. Kursus di hadiri oleh seramai 60 orang terdiri dari pekerja/ pengusaha Restoran di Pekan Ranau. Pekerja Rendah Am dari jabatan/agensi kerajaan turut menghadiri program ini. 3. Dr Lungkiam Dambul dan Dr Othman Minudin merupakan tenaga pengajar untuk bengkel/praktikal pembersihan tandas. Dr Lungkiam juga merupakan Pengerusi Penganjur program ini. 4. Kursus sehari ini telah disempurnakan perasmian oleh Datuk Amisah Yassin, Setiausaha Politik kepada Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar mewakili Menterinya YB Datuk Masidi Manjun. 5. Harapan kita, melalui bengkel ini taraf kebersihan tandas bagi Restoran dan Tandas Awam, termasuk tandas jabatan-jabatan kerajaan akan dapat ditingkatkan. Sebagai daerah pelancongan, imej dan kebersihan tandas perlu dijaga untuk membolehkan pelancong dalam dan luar negara selesa mengunjungi daerah ini. 6. Pemberian g

HARI KELUARGA SANUN YANG PERTAMA 18 -19 Dis. 2009

Image
Gambar Generasi Pertama yang diambil sekitar awal Tahun 1950an ( mungkin antara 1953-1955 ). Dari kiri, Natiah Jakil ( Isteri Manjun Sanun+, Kamin Sanun, Manjun Sanun mendukung Masidi Manjun, Mudi Sanun, O.T. Sanun Kendungoi ( bapa ), Unah Sanun, Kasunah (isteri O.T. Sanun ) 1. Agak lama saya tidak up to date laman blog ini kerana terlalu asyik dengan Face book. Walau bagaimanapun pada kali ini saya telah bertekad untuk mencatat satu perisitiwa yg sangat bersejarah bagi keluarga Sanun. 2. Hari keluarga Sanun yg disambut di Kg Torolobou Ranau, sesuai dengan sejarah asal-usul keluarga ini. Inisiatif Sdra Suhaimi Manjun yg mencetuskan idea ini sangat bersesuaian dan telah memberi impak yg begitu besar keatas hubungan silaturrahim anak cucu Aki Sanun yg semakin berkembang dan tinggal di daerah luar Ranau. 3. Sambutan agak luar biasa kerana hampir 200 orang telah menghadiri majlis ini. Cucu kepada Aki Sanun iaitu anak-anak lepada Manjun,Duraman,Mudi,Kamin,Geminah dan Unah telah hadir dima