Posts

Showing posts from June, 2009

Tributes to Michael Jackson( 1958-2009) and Farrah Fawcett

Image
1. Dunia hiburan dikejutkan dengan kematian 2 orang Artis terkenal iaitu Raja Pop Micheal Jackson dan Farrah Fawcett pada 25 Jun 2009. 2. Saya mengambil kesempatan untuk mencoretkan sedikit kenangan bagi kedua-dua artis ini. Bagi Farrah Fawcett yang meninggal dalam usia 62 tahun merupakan pelakon yang dikenali ramai melalui siri TV Charlies Angel ketika zaman remaja saya. Siri ini begitu popular di TV Malaysia sekitar penghujung tahun 1970an. Ketika itu RTM hanya mempunyai dua rangkaian iaitu TV1 dan TV2. Jika tidak silap kami melihat siri ini dalam bentuk hitam putih. Siri penyiasanan/kepolisian ini menjadi kegemaran penonton ketika itu kerana jalan ceritanya yang hebat dengan aksi hebat 3 orang wanita yang tidak pernah bersua muka dengan 'boss" mereka. 3. Zaman kegemilangan Micheal Jackson pada tahun 1982, ketika itu saya baru memasuki USM Pulau Pinang. Lagu-lagu popular MJ ketika itu adalah dari album Thriller dengan lagu-lagu hebat dan diminati oleh anak-anak muda ketika

Bercuti Di Tawau

Image
Berhenti makan tengahari Berehat ditempat penginapan di Kuhara Court Apartment 1. Setelah tertangguh rancangan percutian ke Tawau pada awal tahun ini akibat cuaca banjir, akhirnya ianya terlaksana pada 9 - 11 Jun lalu. Kebetulan cuti persekolahan, cuaca baik, tiada kesibukan mengurus bencana alam maka tertunailah niat untuk ke Tawau melalui jalan baru Keningau-Sepulut-Kalabakan-Tawau. Jarak hampir 400 km dan memakan masa memandu hampir 8 jam melalui jalan gravel dari Sepulut sehingga Kalabakan. 2. Pertama kali saya memandu sejauh itu, adalah pengalaman baru. Kami bertolak dengan menggunakan 2 buah kendaraan bersama-sama rakan sepejabat En Jubin Kinsil yang membawa keluarganya bersama. Dari maklumat dan tips yang diberikan oleh rakan-rakan yang pernah ke Tawau melalui jalan ini, kami telah menyediakan makanan untuk dimakan di perjalanan. 3. Selepas melepasi Sepulut, keadaan jalan gravel dengan habuk tebal mula mencabar pemanduan. Kebetulan masa untuk makan tengahari sudah sampai tetapi

MUSIM MAJLIS KHAWIN

1. Seperti biasa, apabila musim cuti sekolah tiba, maka jemputan majlis perkhawinan akan datang dengan banyaknya. Sudah pasti kita tidak dapat memenuhi semua undangan ini yang dibuat pada hari sabtu atau ahad. 2. Hari sabtu lepas, bekas rakan sekerja, jiran dan ada hubungan saudara sebelah isteri telah mengadakan majlis perkhawinan anak perempuan di Kompleks Sukan Likas yang turut dimeriahkan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Sabah dan beberapa orang anggota kabinet negeri dan ahli-ahli yang berhormat. 3. Bagi saya perkhawinan Nurnadia Bt Mahmood dan Mohd Sharol Shairu sangat istimewa, bukan kerana kehadiran VVIP didalam majlis ini tetapi kedua-dua ibu bapa pengantin adalah bekas rakan sekerja saya dan isteri di Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan ( Sekarang Kem. Belia dan Sukan ) sekitar tahun 80an sehingga 90an. En Mahmood Kalong Pengurus Besar Lembaga Sukan Sabah ketika itu Penolong Pengelola Sukan. Manakala ibu kepada pengantin lelaki, Puan rainah Tanjil adalah telefonis sehing

TADAU TAGAYO KAAMATAN 2009 ( PESTA MENUAI 2009)

Image
Menunggu Ketibaan Perasmi. Dari Kiri, En Madis Suman, Pen Pegawai daerah Pembangunan En Premus Takom, Ketua Daerah En David Jani, Pegawai Daerah Tenom Hj Faimin Kamin dan Gadis Murut dengan pakaian tradisi suku kaum Murut. Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tenom 2009 Oleh YB Huguan Siou Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan di Tapak Tamu SEDCOVEST Tenom pada 23 Mei 2003. Turut Hadir ADUN N.35 Melalap Datuk Radin Malleh dan Ahli Parlimen P 181 Tenom , YB Raime Unggi 1. Kelmarin 31 Mei 2009 merupakan kemuncak kepada Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah oleh TYT YDPN Sabah Tun Ahmad Shah di Hongkod Koisaan Penampang setelah ianya bermula dengan pelancaran di Daerah Papar pada 1 Mei 2009. Seperti biasa akan dinobatkanlah Juara Sugandoi dan Unduk Ngadau bagi tahun ini setelah dinilai dari semua wakil-wakil daerah yang menjuarai Sugandoi dan Unduk Ngadau diperingkat daerah masing-masing. 2. Pada Tahun ini Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2009 disandang ole

Lawatan Ke Kg Abingkoi Bersama Ahli Parlimen P181 Tenom YB Raime Unggi,

Image
1. Mengikuti Lawatan ke kampung-kampung adalah sebahagian tugas saya, Walau bagaimanapun didalam lawatan pada 26 Mei 2009 ke Kg Abingkoi agak istimewa kerana kami menggunakan pesawat helikopter Sabah Air. Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya menaiki helikopter 2 Kg Abingkoi merupakan sebuah perkampungan tradisi yang termasuk didalam Kawasan Hutan Simpan, sepertaimana juga dengan beberapa perkampungan dikawasan Daerah Kecil Kemabong. Keadaan inilah sebenarnya yang telah menyebabkan kesukaran penyaluran pembangunan kerana pembangunan didalam kawasan Hutan Simpan bertentangan dengan peraturan/undang-undang Jabatan Perhutanan. Tambahan pula kedudukan perkampungan ini yang jauh bertaburan diantara satu dengan lain, 3. Lawatan kali ini adalah bersempena dengan Pesta Kaamatan peringkat kampung tersebut. Disebabkan muatan heli hanyalah 4 penumpang, maka saya telah mengetuai trip pertama penerbangan bersama-sama Pegawai Perhubungan Parlimen (En Ampalang Payu ), Pegawai RELA