Posts

Showing posts from May, 2009

PERTUKARAN PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS DAERAH TENOM

Image
Telah menjadi lumrah bagi pegawai kerajaan berpindah randah mengikut arahan pertukaran pihak atasan. Begitulah juga bagi Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tenom, dimana pada 12 Mei 2009, penyerahan tugas jawatan telah dilakukan oleh En Mohd Saidi Hj Ibrahim kepada Pegawai Eksekutif yang baru iaitu En Wolfred Gentiu. En Saidi bertukar ke Daerah Kota Belud untuk menjawat jawatan yang sama, manakala En Wolfred ditukarkan dari daerah Tambunan ke Tenom dengan menjawat jawatan yang sama. Kedua-dua pegawai ini saya mula kenali ketika kedua-duanya berjawatan Penolong Setiausha Kerja Majlis Daerah. En Saidi ketika menjawat jawatan tersebut di Tenom dan En Wilfred ketika menjawat jawatan tersebut pada tahun 1995 di Daerah Ranau. Pada ketika itu saya menjawat jawatan Penolong Pegawai Daerah Ranau di Bahagian Pentadbiran. Saya juga bertemua beliau di Daerah Tenom ketika saya ditukarkan ke Daerah Kecil Kemabong pada tahun 2001, dimana beliau menjawat jawatan Penolong Pegawai Kerja. Adalah

TAHNIAH KEPADA SDRA AZMAN RUSLAN ATAS PERLANTIKAN KETUA PEMUDA UMNO SABAH 2009 - 2011

Tahniah kepada Sdra Azman Ruslan atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Sabah sebagaimana yang diumumkan oleh Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid. Saya mula mengenali Sdra Azman ketika saya bertugas sebagai Pen Pegawai Daerah Kecil Kemabong (2001 - 2003 ) dan lebih akrab selepas saya menjadi Pegawai Daerah Tenom sejak 2005 kerana sering bertemu di majlis rasmi dan majlis parti politik kerana beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Keningau, meskipun sebenarnya kami mempunyai hubungan susurgalur kekeluargaan dari Keluarga Besar Damai. Sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah sudah tentu tanggungjawab, amanah dan harapan ke atas beliau sudah pasti amat tinggi. Apa tah lagi dengan rekod pencapaian tersendiri dimana beliau merupakan orang kadazandusun pertama yang menduduki jawatan terpenting ini. Saya amat yakin, beliau akan berjaya dengan cemerlang melaksanakan tugasan jika diberi ruang, peluang dan sokongan oleh rakan-rakan khususnya dari ka